Jumaat, 22 Mac 2013

Puteri Sarah Liyana Tampil Bertudung Penuh

Puteri Sarah tampil berhijab penuh
Beberapa hari yang lepas Puteri Sarah telah menyatakan yang dia dalam proses percubaan memakai tudung dan berazam untuk meneruskan imej tersebut dalam tempoh dekat ini. Dan alhamdullilah dia kini tampil dengan imej berhijab penuh. Luahnya,

“Alhamdulillah, niat saya untuk berhijab penuh telah dimakbulkan. Jika sebelum ini saya hanya berselendang, tapi sejak tiga hari lalu saya telah mengenakan tudung sepenuhnya.”

Dalam pada itu, Puteri Sarah berkongsi saat mula dia mengenakan tudung penuh selepas dipilih menjadi model tudung jenama Najjah pada Selasa lepas.

Niat baiknya bermula apabila dia banyak melakonkan watak bertudung. Katanya,

"Tahun lepas saya banyak berlakon watak yang memakai tudung, dari situ hati saya terdetik untuk terus bertudung.

"Buat masa ini ada lagi drama-drama yang saya berlakon tidak memakai tudung, cuma kalau keluar rumah saya kini lebih selesa mengenakan selendang,"katanya kepada mStar Online, Ahad (Mac 17, 2013)

Alhamdullilah, satu perubahan yang baik dari Sarah dan moga2x Sarah akan terus kekal bertudung. Apapun, admin doakan yang terbaik untuk Puteri :)



1 ulasan:

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...