Ahad, 10 Mac 2013

Panduan Kurangkan Bajet Perkahwinan



Korang dah ade niat nak berkahwin ke? Kalau dah ada calon dan sudah berkemampuan tue, lebih baik percepatkan urusan perkahwinan tue. Islam pun galakkan kahwin muda sebab banyak kebaikan dan dapat elakkan banyak perkara buruk. 

Tapi kalu cakap pasal bab-bab kahwin ne, mesti bajet kahwin selalunya yang memeningkan kepala. Haaa... kat sni admin nak kongsi sedikit tips macam mana nak kurangkan bajet perkahwinan. Majlis tetap akan meriah tapi dalam kos perbelanjaan yang lebih rendah ^_^

1. Tetapkan jumlah tetamu yang bakal hadir supaya anda dapat rancang bajet perkahwinan dengan baik. Pengiraan bajet untuk makanan, cenderamata, kad kahwin dan laen-laen jadi lebih mudah bila bilangan tetamu dapat ditetapkan.

2. Majlis yang diadakan secara gotong royong lebih baik. Ia dapat menjimatkan kos kerana anda hanya perlu mengeluarkan wang membeli bahan basah dan dalam masa sama, dapat menguatkan tali silaturahmi bersama jiran anda. Alternatif laen pulak ialah sekarang ini banyak pameran perkahwinan dan katering yang menyediakan pakej bajet untuk perkahwinan, so rajin-rajinlah buat survey beberapa bulan atau tahun sebelum melangsungkan majlis anda.
Gotong-royong untuk majlis walimatul urus di kampung
3. Elakkan membuat majlis ketika cuti sekolah. Memang seronok kerana pada cuti sekolah, ramai saudara-mara yang akan hadir. Tetapi tahukah anda barang ketika ini agak mahal. Atau jika anda telah memilih tarikh pada cuti sekolah, seeloknya buat persiapan dan beli barang-barang perkahwinan lebih awal. Persedian 1-2 tahun sebelum kahwin juga adalah normal.

4. Hantaran dan hiasan pelamin dari bunga segar memang lebih  cantik dan indah tapi kosnya juga tinggi. Jadi, tak salah jika anda gunakan bunga tiruan tetapi gubahnya secara kreatif. Lagipun dengan bunga tiruan, anda dapat terus gunakannya sebagai hiasan untuk kediaman anda.
ringkas tapi masih kreatif
5. Untuk perkhidmatan fotografi, katering dan kad jemputan, buatlah tempahan semasa promosi atau di pameran perkahwinan. Biasanya diskaun hebat akan diberikan. Atau kalu nak jimat lagi, fotografi tue guna kamera sendiri pun dah ok, cuma cari yang pandai ambik gambar ^.^.

6. Guna khidmat sewa pakaian pengantin dan elakkan menempah pakaian yang baru. Sekarang ini ada juga perkhidmatan dimana anda boleh menempah pakaian perkahwinan yang baru tetapi cuma sewa sahaja. Maknanya selepas pakai, anda kena pulangkan pada butik perkahwinan dan harganya jauh lebih rendah daripada beli terus pakaian perkahwinan itu.
Cantik
7. Elakkan berbalas hantaran dengan jumlah yang tinggi. Ada juga antara anda yang tak mahu kalah dengan saudara mara atau kawan-kawan. Apapun,  buat sekadar yang termampu saja. Itu lebih baik. Kebiasaanya hantaran adalah 5 berbalas 7. Pilih barangan yang akan digunakan, bukan sekadar cantik sahaja.

8. Majlis akad nikah dan persandingan diadakan pada satu hari. Untuk menjimatkan kos, akad nikah dilakukan pada waktu pagi manakala persandingan dan kenduri dilakukan pada waktu tengahari. Jika anda tetap mahu melakukan majlis akad nikah dan persandingan secara berasingan, hadkan jumlah tetamu untuk majlis akad nikah kepada saudara mara dan rakan terdekat sahaja.

9. Jangan tempah kad perkahwinan yang terlalu mahal kerana ingin kad yang cantik saja. Percayalah, tak ramai yang mahu simpan kad kahwin anda buat kenangan melainkan ia betul-betul unik. Untuk menjimatkan kos, anda boleh menggabungkan majlis persandingan pihak lelaki dan perempuan dalam satu kad sahaja. Selain itu, jemputan guna facebook jugak makin popular, jadi anda boleh gunakan khidmat itu untuk menjemput rakan-rakan.
Contoh kad kahwin yang simple tapi still menarik
10. Untuk hiburan halwa telinga pula, daripada mengupah pemuzik, band atau kugiran, sekarang ini sudah banyak perkhidmatan DJ yang boleh memainkan CD lagu yang menarik serta acara karaoke. Lebih meriah dan murah. Lebih baik elakkan hiburan berlebihan, fokus kepada apa yang lebih penting saje.

11. Salah satu cara untuk menjimatkan kos perkahwinan adalah dengan membuka akaun khas untuk perkahwinan anda. Ini dapat memastikan anda tak menggunakan semua wang simpanan anda dan seterusnya BERHUTANG. Sentiasa elakkan membeli barang perkahwinan dengan menggunakan KAD KREDIT.

12. Jika anda mahu jimat lagi, anda boleh menggubah sendiri hantaran perkahwinan atau upah saja saudara mara dan kawan-kawan. Pastinya kos lebih rendah daripada membeli sendiri hantaran di kedai. 

13. Jangan lupa survey mengenai khidmat katering, pelamin, pakaian perkahwinan ataupun cenderamata yang murah dari kawan-kawan atau saudara mara. Selalunya mereka mempunyai cadangan yang bernas dan tahu mana perkhidmatan yang murah dan bagus.

14. Akhbar dan majalah selalunya mempunyai peraduan yang menghadiahkan pakej berbulan madu. Jadi jangan lepaskan peluang untuk menyertainya. Manalah tahu, rezeki anda kan? Honeymoon free lagi!

15. Akhir sekali, sediakan senarai semak atau checklist. Senarai semak nie penting untuk tahu jumlah wang yang telah dibelanjakan dan jugak senarai barang atau perkara yang perlu diuruskan. Dengan ini, anda bolen pantau perbelanjaan dan segala urusan perkahwinan akan jadi lebih teratur.

" Sebaik-baik mas kahwin ialah yang lebih rendah ". ( Riwayat Abu Daud )
Jadi camne, rase kurang cikit bajet tue kan huhuu..Apapun admin harap tips-tips nie dapat bantu korang dalam merancang kos perbelanjaan untuk perkahwinan. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya" 
( Riwayat Ahmad )

p/s: Admin pun dalam proses merancang bajet jugak nie hihi..moga2x Allah permudahkan segala urusan kita semua ye :)..

source: wanista

0 bisikan:

Catat Ulasan

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...