Rabu, 23 Januari 2013

Rozita Che Wan Dan Zain Saidin Bakal Disatukan

Pasangan Zain dan Rozita
Hubungan percintaan Zain Saidin Dan Rozita Che wan nampaknya sudah hampir ke gerbang perkahwinan tidak lama lagi.. Mereka berdua katanya sudah pun berbincang tentang perkahwinan mereka dan Rozita Che wan telah menyerahkan segala keputusan di tangan Zain Saidin sendiri.. Jadi menurut Zain Saidin jika ada rezeki dan jodoh, mereka berdua akan berkahwin dalam tahun ini juga..

“Kalau ada rezeki dan ada jodoh, kami akan berkahwin pada tahun ini,”

“Che Ta tidak ada letak sebarang dateline kepada saya. Tetapi sudah tentu saya perlukan masa untuk buat persiapan. Sebabnya, saya lelaki dan saya perlu ada sejumlah wang untuk perbelanjaan kahwin. Sebab itu saya kata, kalau ada rezeki, kami akan berkahwin pada tahun ini. Saya dan Che Ta memang serius. Kalau terdengar gosip tentang Che Ta berpasangan dengan lelaki lain, itu tidak benar. Dia bersama saya ketika ini,” ujar Zain tegas.

Memandangkan Rozita Che wan adalah seorang janda berhias yang mempunyai dua orang anak, Zain Saidin turut ditanya adakah hubungan percintaan mereka mendapat tentangan oleh anak-anak Rozita Che wan atau pun sebaliknya…

“Saya dengan anak-anak Che Ta tidak ada masalah. Hubungan kami baik-baik sahaja. Lebih-lebih lagi dengan anak keduanya. Kami berkongsi minat yang sama iaitu bola sepak. Tidak sukar mendekati anak-anak Che Ta sebab mereka peramah macam ibu mereka,” ujar Zain.

Source: MYGOSIP

#Apapun, admin berdoa agar semua berjalan seperti dirancang :)

0 bisikan:

Catat Ulasan

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...