Rabu, 16 Januari 2013

Penghijrahan Penyanyi Rap Perancis Kepada Islam

Penampilan terbaru Diam 
Diam atau nama sebenarnya Melanie Georgiades yang merupakan penyanyi rap Perancis terkenal  dikatakan telah memeluk Islam pada tahun 2009. Kepopularitinya sebagai penyanyi rap terbukti apabila dia pernah menerima anugerah ‘Best French Act (MYV Europe Music Award 2006),The Best Album untuk Inside My Bubble (NRJ Music Award 2006), Penyanyi Terbaik (NRJ Music Award) dan Lagu Terbaik (The Moron).

Sejak 2009, Diam yg memulakan karier sebagai artis sejak berumur 19 tahun telah mencetuskan kontroversi kerana jarang muncul di khalayak ramai dan kontroversi berkenaan akhirnya lenyap dengan penampilan pertamanya dalam temu bual dengan stesen televisyen Perancis, TF1. Setelah memeluk agama Islam, dia memilih imej berhijab dan meninggalkan amalan negatif sepanjang bergelumang dalam industri hiburan. Dalam temu bual eksklusif itu, Diam menceritakan kisah silamnya dan bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam. Diam mengakui bahawa Islam telah memberikan ketenangan kepadanya bukan sahaja luaran tetapi juga dalaman berbanding sebelum ini. Jelas Diam, dia diperkenalkan secara kebetulan oleh seorang rakan beragama Islam. 

“Saya memeluk Islam selepas melihat rakan saya menunaikan solat. Ketika itu saya memberitahunya bahawa saya juga ingin bersolat."

“Ketika bersujud, itulah kali pertama saya menyentuh dahi ke lantai dan ia merupakan sesuatu yang tidak pernah saya lakukan sebelum ini dan saya kini percaya, kita hanya tunduk kepada Allah, bukan insan lain,’’ katanya.

Menurut Diam, dia memeluk Islam selepas memahami agama itu dan membaca Al-Quran.

Dia juga berpindah ke Mauritius untuk belajar membaca Al- Quran dan kini lebih memahami Islam sepanjang proses memeluk Islam.
Diam menemui ketenangan yang dicari-cari setelah memeluk Islam
Diam akui bahawa dia sebelum itu merupakan individu yang tidak ada haluan di mana seluruh kehidupannya dilalui dengan mengambil dadah, berkhayal dan mengalami masalah mental.

“Dengan memeluk Islam, hidup saya lebih tenang dan saya tahu tujuan sebenar kita diciptakan,” kata Diam yang sudah dua tahun mendirikan rumah tangga dan kini bergelar ibu serta telah pulih sepenuhnya daripada masalah ketagihan dadah.



0 bisikan:

Catat Ulasan

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...