Sabtu, 26 Januari 2013

Ciri Suami "Awesome" Bak Kata UAI


Meh nak kongsi sedikit info tentang mencari pasangan hidup ne..Kalu nak cari yang beri kebahagiaan dunia je, senang cite, carilah yang banyak duit..Tapi kalu nk kebahagiaan dunia dan akhirat, cari lah pasangan biar pun hidup sederhana, tapi tetap kaya dengan nilai agama..Yang tue yang paling baik :)..


Bagi yang pompuan, Ustaz Azhar Idrus (UAI) ade kongsi pasal kalu nak cari suami yang "AWESOME", cari lah yang ade ciri dibawah ne:

1. Solat fardhu cukup 5 waktu.

2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa, boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.

3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.

4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul, apatah lagi mandi-mandi yang lain.

5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”

6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.

7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.

8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.

9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang taw..”

10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.

11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tak delah sampai dia mengata-ngata orang lain.

12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib dan Isyak.

13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika ada kuliah di masjid, muka dialah ada di antara orang-orang kampung.

14. Boleh susah bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.

15. Jenis senyum sokmo.

16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu)

Apalagi, kalu dah jumpa yang berkenan tue dan dah rasa cukup semuanya, masuk je laa meminang. Benda baik tak elok dilengah-lengahkan..Skang bukan perigi je cari timba, timba pun bleh cari perigi hihi..(harap2x korang paham laa maksud admin ne, tak paham tanya orang :D)..Pastu bagi yang pompuan, kenalah bertimbang rasa cikit..Jangan letak hantaran tue tinggi sangat..Biarlah memadai dengan kemampuan lelaki :)..

0 bisikan:

Catat Ulasan

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...