Isnin, 7 Januari 2013

Amaran Ribut Tropika SONAMU Di Pantai Timur



Amaran buat penduduk Pantai Timur seperti Kelantan, Terengganu, Pahang, serta Johor dan Sabah dan Sarawak mengenai Ribut Tropika SONAMU yang menuju ke kawasan tersebut.

Gambar dari Global Disaster Alert and Coordination System 
3 Januari lalu, pihak NASA mula mengesan kemunculan Ribut Tropika Sonamu berhampiran dengan Filiphina dan bergerak menuju Laut China Selatan. Dan pada 4 Januari, pihak NASA telah mengesahkan yang Ribut ini telah berada di kawasan Laut China Selatan dan semakin menghampiri kawasan perairan Timur. (Berita penuh- NASA Website )
Gambar Ribut Tropika Sonamu yg ditangkap oleh Satelit Nasa  - JAN 4, 2013
Manakala di bawah ini adalah laporan dari Jabatan Meteorologi Malaysia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi yg dikemaskini pada 6 Januari 2013. 

Kemaskini:
Ribut Tropika (SONAMU) dikesan pada Latitud 7.5 U dan Longitud 109.6 T, pada jam 5:00 petang 6 Januari 2013, kira-kira 748 km ke Timur Laut Dungun, Terengganu dan bergerak ke arah Barat-Barat Laut dengan perlahan.

SEKSYEN A : AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KETIGA) 
Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kmsj dengan ketinggian ombak melebihi 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Samui, Condore, Reef North, Layang-Layang & Palawan dijangka berterusan sehingga Isnin, 7 Januari 2013.

Selain daripada itu, kawasan pantai di Kelantan & Terengganu terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut. Keadaan ini dijangka berterusan sehingga Isnin,7 Januari 2013.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

SEKSYEN B: AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)
Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Pahang, Johor Timur, Sarawak(Rejang, Mukah, Bintulu & Miri), WP Labuan, Sabah(Pedalaman, Pantai Barat & Kudat), Tioman & Reef South dijangka berterusan sehingga Jumaat, 11 Januari 2013.

Selain daripada itu, kawasan pantai di Pahang & Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut. Keadaan ini dijangka berterusan sehingga Isnin, 7 Januari 2013.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

SEKSYEN C: AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)
Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Sarawak(Kuching), Sabah(Sandakan), Bunguran & Sulu dijangka berterusan sehingga Jumaat, 11 Januari 2013.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

SEKSYEN D: AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH
i) Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Condore & Palawan dijangka berterusan sehingga malam, Ahad, 6 Januari 2013.
Pada masa yang sama, angin kencang dengan kelajuan melebihi 60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian melebihi 4.5 meter, adalah berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.
ii) Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Sabah (Kudat dan Pantai Barat) dijangka berterusan sehingga malam, Ahad, 6 Januari 2013.
Pada masa yang sama, angin kencang dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter, adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.
iii) Aktiviti ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Sabah (Sandakan) & Sulu dijangka berterusan sehingga malam, Ahad, 6 Januari 2013.
Pada masa yang sama, angin kencang dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter, adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Dalam masa sama, Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohamed Thajudden Abdul Wahab berkata Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan lebat akan melanda tiga negeri itu disebabkan faktor angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan. Beliau turut mengingatkan penduduk di kawasan yang sentiasa dilanda banjir agar berwaspada dengan amaran hujan lebat dan dinasihat membuat persediaan awal dalam menghadapi sebarang kemungkinan banjir.

# Apapun, ingatlah Allah Maha Besar dan Dia berkuasa atas segala-galanya..Marilah sama-sama berdoa agar dijauhkan dari musibah-musibah yg besar..

0 bisikan:

Catat Ulasan

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...