Isnin, 14 Januari 2013

15 Maksiat Yang Menurunkan Bala Dari Allah S.W.T

Kalu dilihat umat zaman sekarang, banyak sangat kezaliman, ketidakadilan, penindasan, penderaan, gejala sosial dan penzinaan berlaku sehingga benda tue dilihat menjadi kebiasaan, Subnaallah...Kalu dilihat di Malaysia sendiri, kes zina dan buang anak nie dah jadi kebiasaan dalam masyarakat sehingga ada yg lihat benda tue bukan dosa besar dan tidak takut akan hukuman dari Allah di akhirat nanti. Kita patut ingat kembali peristiwa Tsunami tahun 2004. Itu salah satu musibah yg Allah turunkan sebagai peringatan kepada kita, hambaNya yg lemah nie dan kita sepatutnya ambik pengajaran dari peristiwa sebegini.
Masjid di Acheh tetap teguh walaupun sekelilingnya hancur akibat tsunami.
Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda mengenai 15 maksiat yang akan menurunkan bala, yang mana apabila berlaku semua 15 maksiat tue, bala Allah pasti datang.

Huraian mengenai 15 maksiat adalah seperti dibawah:

1- Harta kekayaan negeri hanya dibahagikan kepada orang tertentu sahaja. Tidak berlaku adil dan saksama sehingga menyebabkan berlaku kezaliman kepada orang lain.

2- Amanah dijadikan sumber keuntungan atau kekayaan. Tidak melaksanakan tanggungjawab yg diamanahkan seperti jawatan untuk menegakkan Islam, sebaliknya menjadikan ia  sebagai batu loncatan untuk dapatkan kekayaan. Kesalahan itu perlu diletakkan kepada masyarakat tue sendiri sebab salah memilih pemimpin dan tidak berani untuk menentang pemimpin yang tidak amanah dan zalim.

3- Zakat dijadikan hutang (tidak membayar zakat). Lebih sayang kepada harta benda sehinggakan mengguhkan pembayaran zakat

4- Suami memperturut kehendak isteri Taat suami kepada isteri. Turut perintah isteri sahaja sehingga menyebabkan isteri tidak menghormati dan selalu membantah suami.

5- Derhaka kepada ibu, 6- dan buat baik pada kawan dan 7- menjauhkan diri atau keras kepada bapa. Tidak menghormati, maki hamun, dan tidak ikut perintah ibu. Tidak endah dengan perintah bapa tetapi pentingkan kawan dan menurut kehendak kawan saje. Jika memang jelas ibu bapa melakukan kesalahan, jangan kutuk atau maki hamun tapi nasihat secara lembut. Kalu tak suka sekalipun, simpan dalam hati (benci kerana Allah). 

8- Tinggi suara di dalam masjid. Maksudnya, kuatkan suara tentang perkara2x yg tidak memberi kebaikan seperti bukan perkara agama, perkara bukan kebaikan, perkara dunia yg terlampau dan cakap2x kosong. Jangan kuatkan suara sehinggakan menyebabkan bising dan mengganggu ketenteraman dalam masjid. 

9- Yang menjadi ketua suatu kaum adalah yang terhina diantara mereka.

10- Seseorang yang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.

11- Khamar (Arak) sudah diminum dimerata tempat (menjadi kebiasaan).

12- Kain sutera banyak dipakai oleh kaum lelaki

13- Para artis disanjung-sanjung

14- Muzik banyak dimainkan

15- Generasi akhir umat ini melaknat atau menyalahkan generasi pertama iaitu Sahabat ataupun orang yg sezaman dengan mereka itu.

Kalu dilihat dari 15 perkara nie, semua maksiat nie sudah lama berkubu dikalangan masyarakat kita. Jadi yang tinggal hanyalah hukuman dari Allah S.W.T..Bala dan hukuman Allah S.W.T akan berlaku, cuma lambat atau cepat saje..Sama-samalah kita renungkan perkara sebegini dan banyakkan berdoa kepada Allah S.W.T agar dijauhkan dari musibah dan bala besar..

Admin galakkan luangkan masa untuk tengok video dibawah nie mengenai penjelasan 15 maksiat yg disebut di atas ..
Ceramah dari UAI mengenai 15 maksiat tetapi penjelasan secara terperinci hanya merangkumi 8 perkara saje.

Apapun, yang baik itu datang dari Allah S.W.T dan yang buruk itu adalah dari penulisan admin sendiri..Wallahualam..

0 bisikan:

Catat Ulasan

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...