Sabtu, 15 Disember 2012

Sentuhlah Hatinya Jika Benar Mahu Menikahinya



Duhai insan bergelar lelaki

Jangan kau sentuh hati wanita jika kau tidak berniat menikahinya. Kerana itu hanya akan melukai hatinya nanti.

Jangan kau berikan harapan-harapan indah tentang hidup bahagia bersamanya, jika dirimu belum bersedia untuk bersamanya, kerana itu akan membuatnya terus menantikan dirimu. Dan pasti hatinya akan sakit dalam penantian itu.

Jangan kau sentuh dirinya jika dia belum halal untukmu, jika kau sudah bersedia, maka khitbahlah dan nikahilah dia, tapi jika dirimu belum bersedia, maka bersabarlah dan tahanlah dirimu, kerana jika kau tak mampu bersabar dan menahan dirimu, maka kau akan terus dinodai oleh nafsumu.

Jangan kau taburkan dia dengan pujian dan kata-kata indah yang berlebihan, kerana hatinya yang tulus akan mudah mempercayai dan dikhuatiri dia akan menjadi lupa diri.

Cintai dia dengan hatimu, hati yang penuh dengan tuntutan Iman dan Taqwa, maka dia akan menjadi ”PERHIASAN TERINDAH” di dunia. InsyaAllah.

0 bisikan:

Catat Ulasan

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...