Selasa, 4 Disember 2012

Petua Tradisional Awet Muda


Pernah tak korang tertanya-tanya macam mane lah individu yang usianya dah lebih separuh abad tapi masih nampak muda jelita. Awet muda lah nak senang kata huhu..Mesti korang akan rasa jealous sedikit dan rasa ingin tau tue pn ada jgk kn?...

Sebenarnya, kebanyakan mereka hanya mengikut petua yang dah diperturunkan oleh orang tua yang dulu-dulu..Haaa..kalu korang baca petua-petua tue mesti korang rasa kurang percaya.. tapi secara ringkasnya nak cakap kt sni cantik tue sebenarnya akan lahir dari dalam diri seseorang..Kalu dalam tue cantik, maka luaran pn akan cantik juga..

Inilah petua tradisional yang menjadi amalan harian kebanyakan daripada mereka;

1. Minum segelas air masak ketika bangun pagi. Jika anda beragama Islam, lebih afdal berselawat ke atas Nabi S.A.W sebanyak 3 kali dulu sebelum minum.

2. Banyakkan memakan ulam-ulaman dan buah-buahan.

3. Jangan meninggalkan solat fardu 5 waktu dalam sehari.

4. Berbuat baik dan ramah-tamah sesama jiran tetangga dan juga terhadap rakan taulan.

5. Jauhi sifat iri hati dan penyakit hasad dengki

6. Senyum selalu. Jangan terlebih senyum sudah laa, nti orang pikir benda laen lak huhu

7. Makan sebelum terasa lapar dan berhenti sebelum kenyang.

Senyum dapat membuat penampilan nampak lebih muda
Mudah jer kan, sebab semua tue memang amalan kita. Cuma, mungkin tak ramai yang tekankan sangat petua awet muda kat atas nie. Salah satu sebabnya, sekarang ada rawatan moden yang lebih canggih dan memberi kesan dalam waktu yang singkat tapi tak kekal.

Kesimpulannya, petua tradisional yang menggunakan bahan semulajadi biasanya lebih berkesan walaupun selalunya mengambil masa yang lama skit untuk menampakkan hasilnya. Tapi bila dah berhasil tue, biasanya ia akan tahan lama. : )

Selamat Mencuba!

0 bisikan:

Catat Ulasan

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...