Isnin, 31 Disember 2012

Muktamar 2012 Part 2: Wanita Islam Dan Cabaran Masa Kini


Amina Filali: a story of rape, suicide and the society searching for its soul.. Mungkin ramai yg tertanya2x siapakah orang ne dan kenapa admin kaitkan namanya dengan topik ne. Bagi yg sentiasa ikut isu semasa, mungkin nama ne pernah terkluar di berita mane2x.. Amina Filali sebenarnya adalah remaja 16 tahun yg dirogol dan atas pujukan keluarga, dia dikahwini dengan penyerangnya kerana mengikut undang-undang Morocco pesalah diberi pilihan untuk mengahwini mangsa bagi mengelak hukuman penjara. Penderitaan dia tak berakhir kerana selepas berkahwin, dia terpaksa hidup dengan trauma episod hitam dalam hidupnya dan dengan sikap suami yg suka memukul. Tidak tahan dengan kehidupannya, Amina akhirnya mengambil keputusan membunuh diri dengan memakan racun tikus. Tidak cukup dengan penyeksaan Amina diwaktu dia masih hidup, suaminya telah menarik rambut Amina dan mengheretnya ke jalan... Sebak, sedih, marah dan macam2x lagi perasaan mungkin timbul dalam hati pembaca dengan berita nie kn..Inilah salah satu situasi yg terpaksa dihadapi wanita muslim sekarang dan banyak lagi penindasan yg berlaku yg mungkin tidak diketahui ramai. Sehingga skang, kadar keganasan terhadap wanita termasuk wanita muslim amat tinggi. Dan klu dilihat dari segi kadar kematian ibu, negara Islam mempunyai kadar yg tinggi berbanding negara maju lain seperti Eropah. Ini hanyalah sebahagian dari realiti yang berlaku skang yang mungkin ramai tidak sedar terutama wanita itu sendiri.

Mungkin soalan pertama yg perlu diajukan ialah apa tujuan wanita dalam hidup ini sebenarnya?..Allah telah menjelaskan sendiri dalam Al-Quran, Surah An-Nisa' ayat 1:

Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.

Jadi memang jelas lagi terang yg tujuan hidup seorang muslimah adalah untuk menjadi hambaNya yg bertaqwa. Dan cara untuk menjadi hambanya yg solehah adalah dengan menjadi isteri, ibu dan wanita yg baik. 

Berbalik pada cabaran masa kini, secara ringkasnya, cabaran rohani yg dihadapi wanita Islam skang adalah:
  1. Layanan terhadap wanita dalam masyarakat 
    • wanita adalah kelas kedua 
    • hijab dilihat sebagai penindasan, penaklukan, subordinasi dan penyerahan kepada lelaki
    • kurang sensitif terhadap nasib wanita muslim yang laen
  2. Layanan wanita sesama wanita terutama sekali kepada remaja. Kurang sensitif terhadap remaja
  3. Kesan media sosial seperti facebook dan twitter
    • Timbul dua personaliti dalam diri (dalam facebook laen orangnya, dalam kehidupan seharian lain orangnya)
    • Pencerobohan privasi terutama sekali tentang gambar
  4. Sikap mengaibkan sesama sendiri 
    • kadang2x kita sendiri yg membuka aib kita sendiri terutama sekali dalam laman sosial
Kalau dilihat dari persepsi keluarga, ibu bapa terutama sekali bapa perlu pandai menjaga hubungan dengan anak perempuan. Dalam hal nie, admin tertarik dengan pendapat Syeikh Abdul Nasir mengenai interaksi antara ayah dgn anak perempuan. Ayah sepatutnya menjadi lelaki pertama yg memberi pujian kepada anak perempuan mereka bukan kawan-kawan lelaki mereka supaya anak tersebut rasa dihargai. Tekankan kepada anak perempuan betapa pentingnya kehadiran mereka dalam hidup keluarga tersebut. Dari situ selitkan betapa indahnya menjadi perempuan dan sebagainya. Admin rasa hal nie kurang ditekankan dalam keluarga sbb selalunya hal anak-anak diserahkan kepada ibu sahaja. Hubungan ibu dengan anak dan hubungan ayah dengan anak berlainan kerana jantina yg berbeza. Oleh itu, ayah juga perlu menitikberatkan dalam hal anak-anak dan bukan serahkan kepada ibu saje.  Dalam keluarga, lelaki bukan raja tetapi lelaki adalah pembimbing dan pelindung keluarga tersebut..

Speakers yang dijemput untuk berbincang tentang topik nie :
Sheikh Abdul Nasir - Pengasas dan Pengarah Qalam Institute, Ahli Pengasas dan Pengerusi Mansfield Islamic Center, Tenaga Pengajar di Bayyinah Institute.
Dr. Harlina Halizah Siraj - Profesor di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Naib Presiden Jamaah Islah Malaysia, Jawantankuasa dalam IKRAM Malaysia dan Pakar Perunding di Bahagian Jabatan Obstetrik dan Ginekologi  
Inilah sedikit sebanyak info yang admin dapat kongsi dengan rakan2x suma. Apa yang baik datang dari Allah dan yang buruk dari penulisan admin sendiri..Sekian :)..

0 bisikan:

Catat Ulasan

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...