Ahad, 30 Disember 2012

Muktamar 2012 Part 1: Mencari Pasangan Yang Baik

Assalamualaikum pembaca awanibiru suma :)..moga suma shat2x sllu dan dalam barakah Allah sllu ^^..Alhamdullilah, admin bru2x ne berpeluang untuk turut serta dalam program ceramah agama iaitu MUKTAMAR kt Dallas, Texas ,USA yg dianjurkan oleh MISG dan IMSA.

Banyak info berguna dan menarik yg admin dpt dri program ne sbb tue admin nk kongsi sedikit sebanyak gn rakan2x suma. Orang ckp ilmu2x yg baik ne patut dikongsi dan admin harap suma dapat ambil mane yang baik, In Syaa Allah..Dalam program tue, banyak tajuk2x yang dibincangkn, jadi admin hanya pilih beberapa tajuk yg admin rase penting untuk semua..

Tajuk pertama yg admin nk kongsi ialah "Finding a good spouse" atau mencari pasangan yg baik. Rasanya skang mmg byk perbincangan tentang kahwin muda dan admin pn setuju sgt bab kahwin muda ne klu pasangan tue mmg dh berkemampuan dan dpt persetujuan keluarga. Tapi perlu ingat yg perkahwinan tue satu tanggungjawab besar, jadi pemilihan pasangan yg baik tue sangat penting.. Speakers yg dijemput untuk berkongsi tentang tajuk ne adalah Dr. Harlina Halizah Siraj dan Imam Mohamad Joban. (admin selitkan gmbr mereka dibawah ne ^_^)
Dr. Harlina - Profesor di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Naib Presiden Jamaah Islah Malaysia, Jawantankuasa dalam IKRAM Malaysia dan Pakar Perunding di Bahagian Jabatan Obstetrik dan Ginekologi
Imam Mohamad Joban - Imam Sepenuh Masa di Masjid Ar-Rahmah (Redmond, Washington),  Presiden Imam Fatwa Committee di Washington State dan Tenaga Pengajar di Internet Islamic University 
Dalam ceramah nie, admin amat tertarik masa Dr. Harlina melontarkan soalan mengenai apa yang membuat wanita atau lelaki itu tertarik pada satu sama lain. Ramai yg menjwb agama, kecantikan, harta dan byk lagi. Mungkin pembaca pn bagi jawapan yg sama ^^. Tapi sebenarnya apa yg membuat wanita tertarik pada lelaki adalah rasa tanggungjawab lelaki itu terutama sekali pada Allah. Manakala, yg membuat lelaki tertarik kepada wanita adalah kebolehan intelektualnya. Kenapa rasa tanggungjawab dan kebolehan intelektual?..Dalam perkahwinan suami merupakan ketua keluarga dan menjadi pembimbing kepada isteri. Pembimbing yg bagus adalah yg mempunyai rasa tanggungjawab yg tinggi terhadap isteri, keluarga dan paling utama kepada Allah. Baik hubungannya dengan Allah, maka baiklah hubungannya dengan isterinya. Oleh itu, wanita amat pentingkan ciri ini dalam mencari pasangan hidup. Manakala, wanita pula dititikberatkan kepada kebolehan intelektual kerana yang menjadikan wanita itu solehah adalah ilmu yang dipelajarinya. Dia tahu apa tugas dia sebagai isteri dan juga sebagai hamba Allah. Dia bijak dalam menguruskan hal rumahtangganya tanpa lupa akan tugasnya sebagai hamba Allah. Ciri inilah yg membuat lelaki tertarik kepada wanita. Dalam masa yg sama, lelaki juga menitikberatkan 4 perkara dalam mencari pasangan hidup iaitu agama, keturunan, kecantikan dan kekayaan.

Dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya,keturunannya, kecantikannya dan agamanya.  Maka utamakanlah (dalam 
pemilihanmu itu) wanita yang kuat  beragama, nescaya sejahtera hidupmu” 
(Riwayat Bukhari dan Muslim). 

Sebelum melangkah ke alam perkahwinan, perkara utama yg perlu dibuat ialah tanya diri sendiri, kenapa kita hendak berkahwin? Adakah ia sbb cinta kita kepada pasangan, dorongan keluarga atau ikut trend kahwin muda skang ne..Niat atau tujuan untuk berkahwin tue sangat penting sbb ia akan membentuk ke arah mane perkahwinan kita..Sebenarnya, tujuan perkahwinan mengikut Islam adalah untuk mencari SAKINAH (ketenteraman @ kesejahteraan) dengan berpandukan tiga perkara iaitu Mawaddah (cinta), Rahmah (baik hati @ belas kasihan) dan Fikrah (pertimbangan @ cara berfikir). Mawaddah adalah mencintai pasangan kita kerana Allah dan menerima dia seadanya secara berterusan dan bukannya diawal perkahwinan saja. Rahmah pula adalah rasa belas kasihan atau simpati kita pada pasangan kita. Contohnya, andai kata isteri kita ditakdirkan jatuh sakit dengan teruk, suamilah yg akan menjadi tempat bergantung. Rasa belas kasihan atau simpati suami tue dapat dilihat melalui pengorbanan suami terhadap isteri dengan sentiasa berada disampingnya dan cara suami menguruskan situasi nie. Mungkin bagi pasangan yg susah untuk menerima kenyataan, penceraian menjadi penyelesai masalah. Oleh itu, amat penting bagi satu pasangan tue untuk menekankan konsep rahmah dlm perkahwinan. Manakala, fikrah atau pertimbangan merujuk kepada bagaimana pasangan membuat sesuatu keputusan. Atas sebab apa sesuatu keputusan tue diambil dan macam mana pasangan tue mempertimbangkan hal ini dari hal yg stu lagi. Adakah keputusan diambil tue bertujuan untuk mendapat redha Allah atau hanya untuk kepentingan diri sendiri saja. Apapun, pertimbangan dibuat perlulah berlandaskan Al-Quran dan Sunnah. Oleh sebab tue, amat penting bagi setiap pasangan untuk sentiasa menimba ilmu dan berterusan belajar tentang Al-Quran.

Apapun, dalam mencari pasangan yg baik, kita terlebih dahulu perlu menjadi yg terbaik dan selebihnya serahkan kepada Allah. Allah dah janjikan yg wanita yg baik untuk lelaki yg baik dan sebaliknya.[Surah An-Nur, ayat 26]. Secara ringkasnya, perkahwinan yang ingin dibina perlulah bertujuan untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah bukan sebaliknya. Dalam erti kata lain, cinta kita pada pasangan kita itu adalah kerana Allah, itulah yang lebih baik. Perkahwinan tue adalah satu komitmen dan tanggungjawab yg bermula di dunia ini dan akan berterusan, In Syaa Allah ke syurga bersama. Inilah yang patut kita pegang sebenarnya sbb dunia ne hanya sementara dan yg kekal hanyalah akhirat. Apa yang admin dpt dari keseluruhan ceramah ne adalah semuanya perlu kembali kepada kebergantungan kepada Allah walaupun dalam mencari pasangan hidup. Wallahualam...

-ikuti topik seterusnya yg akan admin update di masa hadapan dan jika ada soalan sila tinggalkan komen, In Syaa Allah admin akan cuba jawab-

Antara gambar yg ingin admin kongsi bersama:





0 bisikan:

Catat Ulasan

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...