Ahad, 2 Disember 2012

Fida Diserang Teman Wanita Zalif

-Fida-
Siapa tak kenal pelakon drama Runtun Qalbu, Rafidah Ibrahim atau Fida yang turut dikenali melalui drama Epilog Syurga Cinta dan Kasih Alia. Disebalik kejayaan dia dalam dunia lakonan, entah mengapa seperti malang hadir bertimpa-timpa pelakon ini apabila cinta yang mahu dibinanya sering terkandas di tengah jalan. Belum pun lara Fida terubat dek kasih tidak kesampaian dengan pelawak Mamat Sepah, hubungannya yang baru terjalin dengan pelakon filem Papa I Love You, Zalif Sidek turut berdepan cabaran.

Hurai Fida, hidupnya mula terganggu apabila seorang wanita menghalang dia daripada meneruskan hubungan rapat dengan Zalif sejak sebulan yang lalu. 

"Saya tiada masalah apabila Zalif cakap dia mahu berkawan dan kenal saya dengan lebih rapat kerana saya mahu beri peluang kepada sesiapa sahaja selepas tiada hubungan dengan sesiapa."

"Tetapi sejak cerita tentang hubungan kami tersebar, hidup saya tidak tenteram apabila dia yang mendakwa sebagai teman wanita Zalif mula mengganggu hidup saya.

"Tidak cukup dengan SMS (khidmat pesanan ringkas), dia menelefon saya dan menghambur kata-kata kesat agar menjauhkan diri daripada Zalif.

"Saya jadi takut dan sebab itu juga saya tidak membalas BBM (mesej BlackBerry) yang Zalif hantar kerana tidak mahu masalah ini terus menjadi besar," katanya kepada Sensasi Bintang.

Walaupun trauma dengan masalah ini, Fida menganggap hubungannya dengan Zalif kini sekadar seperti kawan biasa kerana tidak mahu bermusuhan dengan sesiapa.

Dalam perkembangan sama, Fida mengakui terpaksa mengehadkan tawaran berlakon kerana mahu menumpukan perhatian kepada bidang nyanyian setelah lagu Apa Kono Eh Jang yang diberi nafas baharu olehnya bersama Datuk AC Mizal dan Stellar Band mendapat sambutan ramai.

Apapun, all the best untuk Fida dalam kerjaya dan hidupnya..Jom layan lagu Apa Kono Eh Jang kejap :).


-Credits to Kosmo dan Sheikhkalam (video)-

0 bisikan:

Catat Ulasan

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...