Sabtu, 15 Disember 2012

Datuk K Kemalangan! Persembahan Datuk Siti Dibatalkan

Datuk Siti dan Datuk K

PENYANYI No.1 negara, Datuk Siti Nurhaliza terpaksa membatalkan persembahan di siri jelajah Konsert Ekspresi Karya Gemilang di Banjarmasin, Kalimantan, Indonesia malam tadi kerana mendapat berita suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Datuk K telah mengalami kemalangan jalan raya ketika menunggang motosikal berkuasa tinggi bersama rakan di Queenstown, New Zealand semalam. Akibat kemalangan itu, Datuk K patah bahu serta cedera di kaki serta tangan dan kini dirawat di Hospital Southland, Quenstown.

Datuk Siti Nurhaliza akan berlepas dari Banjarmasin ke New Zealand untuk melawat suaminya hari ini.

Dato’ Siti Nurhaliza juga telah memohon maaf daripada peminatnya dengan menulis pesanan di Twitter tentang pembatalan konsert pada malam esok di Banjarmasin. Diharap semua peminat yang menunggu persembahan Siti kat sana pada malam ini tidak panik dan tertanya-tanya. En.Koala tahu pasti ramai yang bersimpati dan memahami perasaan dan keadaan Siti Nurhaliza ketika ini. En.Koala doakan suami Siti Nurhaliza cepat sembuh ya.

En.Koala mendapat berita melalui Twitter beliau:

“Salam, maaf buat semua peminat di Banjarmasin serta semua team konsert, CT tak dapat ke sana kerna ada sesuatu yang tak terduga. Mohon memahami ya.”



Pengurus Siti Nurhaliza, Rozi Sangdewi juga turut menyiarkan status berkenaan dengan hal ini di Facebooknya:

“Kita merancang Allah menentukan. Setiap sesuatu yg terjadi itu ada hikmahnya. Moga segalanya baik-baik sahaja. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Doa kami semua mengiringi, insyaAllah, tabah hati, dan senantiasa dlm lindungan Allah s.w.t. Kekal cekal. -Sangdewi buat boss. KL-Jakarta-Pekan Baru-Jakarta- KL. (Tidak ke Banjarmasin wpun kami sudah berada di dlm kapal terbang tadi..).”
Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa cedera dalam kemalangan di New Zealand hari ini dan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.


0 bisikan:

Catat Ulasan

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...