Sabtu, 29 Disember 2012

Apek Dan Leuniey Sah Menjadi Suami Isteri

Apek menyarungkan cincin perkahwinan ke tangan Leuiney
Selepas melalui pelbagai episode kontroversi, akhirnya penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apek telah menamatkan zaman bujangnya semalam, 28 Disember 2012. Dia telah selamat diijab kabulkan dengan pasangan pilihan, Nur Eilunie Natasha Jaafar atau Leuniey yang merupakan seorang pemilik butik pengantin. 

Majlis akad nikah mereka telah diadakan di kediaman pengantin perempuan iaitu di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan. Pasangan ini telah dinikahkan kira-kira jam 10 pagi semalam oleh Imam Tua Mukim Pasir Pekan, Ustaz Ab. Ghani Ab Talib dengan hanya sekali lafaz dan dengan bersaksikan Abdul Malik Junoh dan Khairuddin Abu Bakar daripada keluarga pengantin perempuan serta Selamat Saimun dan Mohd Zuki Mat Min daripada pihak lelaki.
Dengan sekali lafaz, Apek dan Leuniey sah menjadi suami isteri
Kedua-dua pengantin baru ini telah menggayakan busana sedondon berona putih. Apek segak berbaju Melayu sementara Leuniey pula anggun mengenakan baju kurung moden tradisional sentuhan pereka terkenal Ezuawan Ismail.
Pasangan yang cantik sedondon :)
Dalam majlis itu, Apek telah menyerahkan mas kahwin dan wang hantaran bernilai RM19,000 serta 7 dulang hantaran yang terdiri daripada sepasang persalinan, minyak wangi, alat solekan, jam tangan, beg tangan, kasut, cincin serta sirih junjung kepada pihak pengantin perempuan. Manakala  pihak pengantin perempuan membalas dengan 7 dulang hantaran yang terdiri daripada sepasang kain, jam tangan, kasut, minyak wangi, cincin dan sirih junjung, dompet serta tali pinggan dan kemeja. Dianggarkan majlis perkahwinan pasangan ini membabitkan kos RM300,000.
Antara barang hantaran di majlis pernikahan mereka
Selepas majlis pernikahan ini, pasangan ini akan diraikan dalam dua majlis persandingan untuk pihak lelaki dan perempuan. Pihak perempuan di Hotel Renaissance, Kota Bharu, Kelantan bertemakan Melayu Kontemporari pada 30 Disember sementara pihak lelaki di Kampung Chenang, Kota Bharu, Kelantan dengan tema ala kampung pada 5 Januari 2013.

Majlis resepsi yang berkonsepkan English Style akan berlangsung di Hotel Royale Bintang, Damansara pada 13 Januari 2013, 8 malam.

Tambahan lagi, Astro Ria akan menyiarkan dua program khas meraikan percintaan Apex dan Leuniey. 'Akad Nikah Khairul Fahmi & Leuniey' akan disiarkan pada 5 Januari 2013, 9 malam sementara 'Walimatulurus Khairul Fahmi & Leuniey' pada 12 dan 20 Januari 2013, jam 9 malam.

Selain itu, ERA FM juga dilantik sebagai stesen radio rasmi persandingan Apex dan Leuniey di Hotel Royale Bintang, Damansara. Manakala, THR Gegar pula sebagai radio rasmi pengantin ini di Kelantan.

Nantikan update tentang majlis resepsi mereka dari Blog AwaniBiru pada masa akan datang ^_^ 

-credits to ROTIKAYA for the photos-

0 bisikan:

Catat Ulasan

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...