Ahad, 18 November 2012

Rezeki Besar Shila Amzah Di AIM19

Berakhir sudah Anugerah Industri Muzik Ke-19 (AIM19) yang berlangsung dengan meriah di Stadium Malawati, Shah Alam malam tadi. Acara yang bermula tepat jam 9 malam itu dihoskan oleh Aznil Hj. Nawawi dan Adibah Noor. 

Perjalanan acara dimeriahkan dengan pelbagai persembahan hebat daripada artis tanah air. Antaranya Jimmy Palikat, One Nation Emcee, Dato' Siti Nurhaliza dan Hafiz, Asmida, Shila Amzah, Jaclyn Victor, Stacy, Drama Band, Mojo, Hyper Act, Forteen, Kool, Nico dan Shades.

Lagu Patah Seribu nukilan penyanyi muda berbakat besar, Shila Amzah telah dinobat sebagai Lagu Terbaik pada malam kemuncak segala-galanya, AIM19. Lebih manis lagu tersebut turut memenangi kategori Lagu Pop Terbaik menewaskan lagu Sebelah Jiwaku(Jaclyn Victor), Harapan (Hyper Act), Terukir di Bintang (Yuna) dan Jagalah Diri (Jaclyn Victor).

Shila Amzah - Anugerah Lagu Terbaik dan Lagu Pop Terbaik
Lebih bermakna apabila karya berkenaan adalah hasil ilham Shila sendiri daripada penulisan lirik sehingga kepada penciptaan lagu itu.
"Saya terkejut dan bersyukur kerana saya tak pernah menang lagi dalam negara sendiri, dan ini yang pertama. Kejayaan ini saya dedikasikan kepada ibu bapa saya serta semua yang banyak menyokong saya selama ini," 
kata Shila Amzah menyampaikan ucapan ringkasnya selepas menerima trofi dari Datuk Hattan.

Selain itu, Album SalamMusik daripada kumpulan Salam berjaya memenangi Anugerah Album Terbaik. Album tersebut mendapat sentuhan sepenuhnya daripada kumpulan itu sekali gus mengetepikan album Sang Enemy (Hujan),Hikmah (Nora), Take Off (Pesawat) dan Stay-C (Stacy).

Anugerah Vokal Lelaki Terbaik dirangkul oleh Jamal Abdillah manakala Jaclyn Victor menewaskan Nora, Shila Amzah, Dato' Siti Nurhaliza untuk kategori Vokal Wanita Terbaik.
Jaclyn Victor - Anugerah Vokal Wanita Terbaik
Kumpulan yang kian menjadi sebutan ramai menerusi lagu Andai Ku Bercinta Lagi, Mojo dipilih sebagai Artis Baru Terbaik.
Mojo - Anugerah Artis Baru Terbaik
Dua anugerah khas turut diberikan pada malam tersebut iaitu Anugerah Kembara yang diberikan kepada artis Mizz Nina menerusi albumnya, Take Over manakala Anugerah Sri Wirama dinobatkan kepada Kumpulan Alleycats.
Mizz Nina - Anugerah Kembara
Acara AIM19 dihangatkan lagi dengan kemunculan kumpulan yang diterbangkan khas dari Jakarta Indonesia, Nirwana Band yang mempersembahkan lagu 'berhantu' mereka, Sudah Cukup Sudah.

Berikut ialah senarai pemenang AIM19 mengikut kategori:-

Artis Baru Terbaik: Mojo (Andai Kau Bercinta Lagi)

Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Lelaki): Jamal Abdillah (Bahagia Sementara)

Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Wanita): Jaclyn Victor (Counting Days)

Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Lagu: Forteen (Seperti Dulu)

Kulit Album Terbaik: Mizz Nina/ Even Odds Sdn Bhd (Take Over)

Rakaman Album Terbaik: Nora/Rahman Ayob (Hikmah)

Video Muzik Terbaik: Yuna/Quek Shio Chuan (Sparkle)

Lagu Nasyid Terbaik: Doa (Nora)

Lagu Pop Etnik Terbaik: Kuasa Cinta (Noraniza Idris)

Lagu Rock Terbaik: Idola (Azlan & The Typewriter)

Lagu Pop Terbaik: Patah Seribu (Shila Amzah)

Lagu Hip Hop Terbaik: Aku Maafkan Kamu (Jamal Abdillah & Malique/ Malique/ Tripdizs)

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik: Counting Days (Jaclyn Victor/ Aubrey Suwito/ Lin Li Zhen)

Lagu Bahasa Melayu Terbaik Dipersembahkan oleh Artis Luar Negara: Sudah Cukup Sudah (Nirwana Band)

Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu: Counting Days (Jaclyn Victor/ Aubrey Suwito)

Album Terbaik: SalamMusik (Salam - Salam Musik)

Anugerah Kembara: Mizz Nina

Anugerah Sri Wirama: Alleycats

Anugerah Lagu Terbaik: Patah Seribu (Shila Amzah)


[Credits to malaysiandigest.com]

0 bisikan:

Catat Ulasan

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...