Sabtu, 3 November 2012

Farid Kamil Selamat Bernikah Dengan Diana Danielle

Farid Mencium Diana Yang Sah Bergelar Isteri
Alhamdulillah, akhirnya selesai sudah majlis perkahwinan antara Farid Kamil dan juga Diana Danielle di Hotel Flaminggo, Ampang. Pada jam 9.12 pagi tadi, urusan akad nikah selesai dengan sekali lafaz sahaja oleh Farid Kamil yang merupakan pengarah dan juga pelakon. Kini, Diana Danielle sah bergelar isteri.

Kedua-duanya telah dinikahkan oleh Pegawai Tadbir Agama Pendaftar Kanan Daerah Gobak, Daim Jaluli.Diana Danielle atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 21 yang menerima lima dulang hantaran telah membalas tujuh dulang hantaran kepada pihak lelaki.

Tahniah, Alhamdulillah Buat Farid & Diana


Hantaran pengantin lelaki kepada Diana ialah mini bike, telekung, cincin Tiffany & Co, sireh junjung, dan wang tunai.

Hantaran berbalas dari pihak perempuan kepada suaminya pula adalah set wangian Hugo Boss, cincin dan wallet, majalah polo, mini bike Kawasaki KSR 1000, sireh junjung, manisan dan foto album. Bertemakan majlis perkahwinan ala taman, majlis akad nikah itu telah dihadiri terdiri daripada kalangan ahli keluarga, saudara mara serta rakan terdekat kepada pasangan pengantin.


Hadiah Diana Kepada Farid Iaitu Sebuah Mini Bike


"Saya ingin berterima kasih kepada semua yang hadir. hari ini adalah hari yang sangat bermakna buat saya. Sebelum ini pun saya sentiasa berdoa agar dikurniakan isteri yang solehah, ibu yang mithali serta perkahwinan yang kekal hingga ke alam syurga", ujar Farid Kamil yang juga pengarah filem Pe3.

Farid Membisikkan Sesuatu Kepada Diana


Nilai mas kahwin adalah sebanyak RM10, 000.

Upacara pembatalan air sembahyang telah disertakan dengan sebentuk cincin berlian.

Bertemakan majlis perkahwinan ala taman, majlis akad nikah itu telah dihadiri kira-kira 300 orang tetamu. Mereka yang hadir terdiri daripada kalangan ahli keluarga, saudara mara serta rakan terdekat kepada pasangan pengantin.
 
Bersama Ibu dan Bapa Farid Kamil
Ibu Diana dan Ibu Farid Kamil
Suasana Di Majlis Perkahwinan Farid Kamil & Diana Danielle


Pada pukul 9.00 malam tadi, telah pun berlansung liputan eksklusif perjalanan percintaan pasangan Farid Kamil dan Diana Danielle di saluran Astro Ria (saluran 104) dan di Astro On-The-Go.

En.Koala akan melaporkan berita terkini dari semasa ke semasa.

Photo kredit kepada: yanmieonline.com

0 bisikan:

Catat Ulasan

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...