Ahad, 25 November 2012

Berkahwin Di Usia 12 Tahun

Tanggal 17 November lalu menjadi detik besar buat pasangan muda, Mohd. Fahmi Mohd. Alias, 18 dan Nur Fazira Saad, 12 apabila mereka disatukan di masjlis akad nikah yang diadakan di Masjid Kampung Padang Cina. Perkahwinan mereka diadakan selepas Mahkamah Syariah di Kulim memberikan persetujuan pada 7 November lalu. Mereke telah selamat dinikahkan oleh Imam Masjid As-Sobirin Padang Cina, Mohd Nazar Hussain dan majlis kenduri telah diadakan di rumah pengantin lelaki di Kampung Naga Lilit di Padang Serai.
Pasangan muda Mohd Fahmi Alias dan Nor Fazira Saad
Menurut Mohd Fahmi, perkahwinan adalah jalan penyelesaian terakhir bagi mengelak berlaku perkara yang tidak diingini.

"Saya berkahwin awal bagi mengelak timbul perkara buruk. Ini cara terbaik untuk kami mencegah maksiat," katanya yang bersyukur apabila keluarga isterinya memberi keizinan kepada mereka untuk bernikah.

Mohd Fahmi yakin pendapatannya sebanyak RM1,000 sebulan hasil bekerja membantu bapanya menguruskan kebun kelapa sawit cukup untuk menampung kos kehidupan bersama Nur Fazira dan dia juga tidak menghalang isterinya untuk meneruskan pengajian.


Sementara itu Nor Fazira berkata dia sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai pasangan hidup Mohd Fahmi dan dia juga bercadang untuk meneruskan pengajian selepas mendapat galakan dari suaminya itu.
Sumber: Harian Metro

0 bisikan:

Catat Ulasan

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...