Selasa, 13 November 2012

9 Perkara Tidak Boleh Dibincangkan Dengan Lelaki

Assalamualaikum kepada pembaca Awanibiru sekalian. Hari ini En.Koala ingin mengulas sedikit berkenaan ego lelaki dan apa yang tidak boleh dibincangkan oleh wanita kepada lelaki itu terutama lelaki itu adalah orang kita sayang. Biasa la kan, lelaki ada ego tersendiri.

1. Jangan menceritakan atau memberitahu bahawa ada lelaki lain dalam diam-diam yang meminati diri anda terutama teman lama atau kawan itu sendiri. Rahsiakan dan jangan selalu cuba untuk mendekati dengan orang tersebut kerana sekiranya rahsia anda bocor, lelaki ada egonya. Putus, cerai atau benci mungkin? Jika salah faham berlaku, terangkan dengan cara leklok, jangan biarkan insan tersayang anda menganggap anda itu curang.

Pujilah Suami Anda Supaya Si Dia Selalu Gembira Bersama Anda


2. Bencikan ibunya? Jikalau benci sekalipun, diam atau bercakap dengan sopan dengan ibunya. Insyallah, lama-kelamaan ibunya akan sedar dengan kehadiran kita. Semoga kedua-keduanya memahami antara satu sama lain.

3. Jangan menceritakan hal kecurangan yang pernah anda lakukan dibelakang dia. Hal ini akan meruntuhkan kepercayaan dia pada diri anda. Juga jangan sesekali memanjangkan cerita kecurangan dia terhadap anda. Tidak mustahil dia akan mengulanginya.

4. Seiring dengan bertambahnya usia, 'keperkasaan' si dia tentu akan mengalami penurunan. Jangan cuba-cuba membandingkan hal itu dengan masa lalu.

5. Jangan juga menceritakan bahawa sahabat anda mencurangi suaminya. Dia akan berfikir bahawa anda juga akan bertindak demikian. Dia mungkin akan meragui kesetiaan anda ataupun dia akan mengongkong
diri anda atas sebab keselamatan hubungan dia dengan anda.

6. Jangan membuatnya patah semangat terhadap pekerjaan. Jika suatu hari dia mengeluh tentang bosnya yang bermasalah, berdirilah dipihaknya. Sokonglah dia dan bantunya mencari penyelesaian. Jangan terlalu mencampuri permasalahan tersebut. Cukup sekadar mendengar dan memberi pendapat. Dikhuatiri akan memudaratkan sekiranya anda cuba untuk masuk campur secara keterlaluan.


Sokonglah Insan Tersayang Anda Dikala Dalam Kesulitan


7. Bercerai adalah perkataan yang paling harus dihindari, walaupun anda benar-benar bertengkar hebat. Jika anda benar-benar tidak mahu berpisah darinya, buang kata-kata itu jauh-jauh.

8. Jika anda mempunyai pendapatan yang lebih besar darinya, jangan pernah menyinggung hal tersebut, apatah lagi menjadikan ia sebagai punca masalah.

9. Ghairah hidup anda tiba-tiba meningkat kerana bertemu dengan seorang teman lama atau seorang teman yang membuka hati anda. Jangan sesekali menceritakan hal ini pada pasangan anda. Biarkan hal itu berlalu dan anda nikmati sendiri tanpa melampaui batasan tatasusila. Yang penting, anda tidak akan merosakkan hubungan dengan pasangan hanya dengan keseronokan sementara.


0 bisikan:

Catat Ulasan

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...