Isnin, 8 Oktober 2012

Selamatkan Gadis Ini Yang Hanya Jadi Pemuas Nafsu

Inilah Nadia Yang Sedia Jadi Isteri Kedua





Terkejut En.Koala mendengar berita yang mengatakan seorang gadis sanggup bergelumang dengan dosa akibat tipu daya seorang lelaki yang sanggup berbelanja mewah kepadanya semata-mata inginkan seks.

Manusia sanggup menjadi alpa apabila wang menguasai diri. Semoga dua insan ini akan kembali ke jalan yang betul.

Subhanallah ~


KUALA LUMPUR: Dia hanya gadis naif berasal dari sebuah kampung di utara Semenanjung. Tanpa kelulusan tinggi, Nadia yang ketika itu berusia 21 tahun berhijrah ke ibu kota untuk mencuba nasib sebagai pekerja kilang.

Bagaimanapun, tidak sampai dua bulan di Kuala Lumpur, perkenalannya dengan ahli perniagaan, Zahrain, 53, mengubah kehidupannya untuk bakal bergelar ‘penghuni neraka’.

Diberi duit poket RM5,000 sebulan seperti gaji eksekutif muda dan disediakan rumah serta kereta, Nadia nekad berhenti kerja 12 tahun lalu, semata-mata inginkan kemewahan dan keselesaan hidup selepas lelaki itu berjanji menjadikannya isteri kedua.

Namun janji tinggal janji. Impiannya untuk menjadi suri hidup lelaki kaya itu belum kesampaian, sebaliknya dia hanya dijadikan pemuas nafsu sejak 12 tahun lalu.

Setiap kali diajukan soalan berkaitan perkahwinan, pelbagai alasan diberikan Zahrain seperti belum bersedia dan minta bersabar.

Sumber: Harian Metro

0 bisikan:

Catat Ulasan

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...