Ahad, 21 Oktober 2012

Gigitan Hangat: Megan Fox Lahir Anak Lelaki!

Megan Mengandung
SETELAH hampir sebulan menyimpan rahsia mengenai kelahiran bayi pertamanya, pelakon filem Transformers, Megan Fox akhirnya mengumumkan bahawa dia kini bergelar ibu sejak minggu lalu.

Megan melahirkan seorang bayi lelaki, Noah Shannon Green, hasil perkongsian hidup dengan Brian Austin Green.

"Kami berasa beruntung kerana dapat menikmati hujung minggu yang tenang di rumah, tetapi saya mahu mengumumkan berita ini sebelum dibocorkan oleh orang lain. Saya melahirkan Noah Shannon Green, pada 27 September. Dia sangat sihat, gembira dan sempurna," kata Megan di akaun laman sosial Facebook.

Wanita berusia 26 tahun itu sebelum ini tidak pernah berkongsi mengenai kisah kehamilannya kepada umum. Bagaimanapun pada Jun lalu dia mula terbuka dan menunjukkan perutnya yang besar kepada umum.

Megan menikah dengan Brian sejak dua tahun lalu. Brian pernah berkahwin dengan Vanessa Marcil dan memiliki seorang anak bernama Kassius Lijah.

Sumber: Kosmo

0 bisikan:

Catat Ulasan

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...