Sabtu, 27 Oktober 2012

5 Sikap Lelaki Yang Anda Patut Putuskan Hubungan

1 – Lelaki yang sering mengucapkan kata sayang tetapi tidak mahu atau tidak bersedia untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius walaupun anda sudah mengenalinya selama bertahun-tahun. Ini bermakna bahawa anda bukan orang yang dia inginkan dan mungkin juga anda tiada dalam hidupnya. Bermakna anda tidak wujud. Jika anda wujud sekalipun, mungkin ada dua sebab iaitu sama ada dia sudah mempunyai orang lain atau memang dia tidak sukakan anda.

2 – Lelaki yang sentiasa menghubungi anda tanpa mengira waktu dan keadaan. Selalunya lelaki sebegini akan mengeluarkan kata-kata manis apabila dia sangat memerlukan anda. Tetapi, bila anda memerlukannya, dia langsung tidak muncul atau memberi banyak alasan untuk mengelakkan dirinya daripada anda.

3 – Lelaki yang selalu mengajak anda keluar hanya sebagai teman tapi mesra. Kemana saja anda berdua. Ibarat merpati sejoli kononnya pada pandangan orang. Malangnya hati lelaki itu tidak terdetik langsung untuk mengisi ruang hati anda yang sudah lama kosong. Pada pendapat En.Koala, jangan buang masa dengan lelaki begitu.

4 – Lelaki yang sudah mempunyai kekasih, tetapi tetap mahukan anda (mungkin dilema). Selalunya lelaki seperti ini mempunyai ramai kekasih tapi sekadar memenuhi nafsunya.

5 – Lelaki yang menganggap dirinya sentiasa betul. Pandangan atau setiap perkara yang anda buat adalah salah pada mata dan pandangan dia. Selalunya jika menjalinkan hubungan dengan lelaki seperti ini, anda akan mengalami masalah dimana hal sekecil sekalipun, mungkin menjadi masalah besar.

Jadi nasihat En.Koala, pandai-pandailah cari lelaki yang sesuai untuk anda. :)

Lelaki Dua Muka


0 bisikan:

Catat Ulasan

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...