Jumaat, 14 September 2012

Tips Hadiah Menjimatkan Untuk Insan Tersayang

Hari ini saya mahu sharekan sedikit berkenaan apakah hadiah yang istimewa yang patut anda bagi untuk insan tersayang. Mungkin peningkan nak memilih? Kadang-kadang tu, sampai je di shopping mall, tak tahu nak beli apa, blurrr...minda... ????? So, saya mahu share sedikit apakah hadiah yang mungkin menjadi pilihan untuk orang tersayang.

Hadiah Menjimatkan Buat Kekasih atau Isteri

Pemberian hadiah buat yang tersayang menjadi satu kemestian setiap kali tibanya hari-hari istimewa seperti hari jadi dan hari ulangtahun. Tetapi adakah kamu mempunyai kemampuan? Sebenarnya setiap pasangan tidak memerlukan hadiah yang mahal pada harga, sebaliknya mereka harus mementingkan nilai keikhlasan di sebalik pemberian tersebut. Kadang-kadang barang yang berharga kalau tiada keikhlasan seperti tiada makna, lainlah kalau pasangan atau orang tersayang anda itu lebih sayangkan duit anda daripada anda.

Imaginasi Yang Kreatif

Setiap pasangan perlu kreatif untuk menghasilkan sesuatu yang boleh mengurangkan kos bagi meraikan cinta. Fikirkan idea kreatif untuk pasangan kamu, berilah ia dengan sesuatu yang dihiasi indah seperti rantai cengkerang yang kamu kutip di tepi pantai bersama-sama, kemeja-T yang dicetak dengan nama kamu berdua ataupun sebuah gelas yang cukup comel untuk dikenang. Pastikan kamu cukup kreatif dalam menghasilkan kraftangan tersebut. Kadang-kadang, banyakkan barangan terpakai,botol-botol plastik, tin minuman, kertas pun kalau dibuat seni origami dengan bentuk yang menarik seperti bunga atau burung kemudian diisi dengan kata-kata cinta dan puitis, menarik jugakkan? Semua bergantung pada imaginasi anda. Gunakan Google atau Yahoo, mungkin ada.

Tukar Aktiviti Wajib Kepada Aktiviti Lain

Sekali sekala kamu juga perlu menganggap pemberian hadiah semasa menyambut hari lahir atau hari istimewa bukanlah satu kewajiban. Apa kata kamu tukar aktiviti pada hari tersebut dengan aktiviti romantik seperti menonton wayang bersama-sama, membeli belah ataupun bawa si dia berjumpa dengan keluarga kamu. Cubalah cara ini, sememangnya ia cukup menjimatkan kos perbelanjaan kamu.



CD Lagu

Buah hati, isteri atau suami dan juga insan tersayang lain mungkin gemarkan muzik? Apa kata kamu salin lagu kegemarannya di dalam CD dan berikan kepadanya. Muat turun lagu yang digemarinya dan jangan lupa untuk membalutnya dengan balutan yang cukup indah. Mungkin lagu yang kamu masukkan itu merupakan lagu tema cinta bersama dan sememangnya ia cukup menjimatkan serta meninggalkan seribu kenangan buat kekasih hati yang dipuja. Tips paling mujarab, tulis dan ingat setiap lagu yang dikongsi bersama ataupun, cuba perhatikan apakah lagu yang dia minat dan selalu layan. Kalau anda ada isteri atau suami, sesekali tontonlah siaran televisyen kegemarannya bersama walaupun anda mungkin tidak meminatinya.



Kad Romantis

Rancang hari istimewa dengan membuat kad romantis yang direka khas untuk yang tersayang. Kamu boleh menyediakan kad romantis ini sebesar mungkin dan kamu pahatkan nama kamu berdua di dalamnya. Cukup romantis sekiranya kad yang dihasilkan ini diberi semasa makan malam bersama. Sememangnya si dia akan menangis gembira atas usaha yang kamu lakukan itu. Jimat bukan! Kalau mahu jimat lagi, ajak pergi bawak pokok atau ditepi tasik atau pantai, ukirkan kata-kata cinta atau pahatkan nama dia dan kamu dengan se-kreatif yang mungkin.

Semoga Berjaya!

0 bisikan:

Catat Ulasan

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...