Ahad, 23 September 2012

Tahniah Shila Kerana Harumkan Nama Malaysia!

Shila Amzah Dinobatkan Sebagai Juara Asian Wave 2012 di Shanghai, China
Pada pos yang lepas, En.Koala telah menyatakan tentang kehebatan suara Shila Amzah dan sekali gus mampu menyertai pusingan akhir pertandingan Asian Wave di Shanghai, China.

Namun, dua hari lalu, Shila Amzah telah membawa berita gembira ke seluruh rakyat Malaysia diatas kemenangan beliau selepas mendapat tempat pertama dan terus dinobatkan sebagai Juara Asian Wave 2012. Shila Amzah telah membawa pulang wang hadiah sebanyak RM2.5 juta! Dan ini menjadikan Shila Amzah sebagai salah satu artis terkaya di Malaysia. Sekejap sahaja sudah jadi kayakan... Cemburunya En.Koala... HuHu

Pada malam pusingan akhir itu, Shila telah mendendangkan lagu Gemilang (Jacklyn Victor), Grenade (Bruno Mars) dan sebuah lagu Mandarin.


Youtube Video: Lagu Pertama Shila Amzah "Gemilang".


Youtube Video: Lagu Kedua Shila Amzah "Grenade" berserta komen para juri.


Youtube Video: Lagu Ketiga Shila Amzah adalah lagu Mandarin berserta komen para juri.


Youtube Video: Kompilasi tiga lagu yang menobatkan Shila sebagai Juara Asian Wave 2012

Kemenangan ini sebenarnya adalah kemenangan semua penyokong Shila Amzah dan warga Malaysia yang tak putus-putus mengundi Shila Amzah. Pengorbanan dan penat lelah penyanyi negara, Shila Amzah akhirnya berbaloi setelah menang bertarung dengan 5 lagi finalis dari beberapa negara lain dalam pertandingan final Asian Wave yang akan berlangsung pada malam tadi.

 Dalam pertandingan final Asian Wave ini, Shila Amzah bersaingan sengit dengan 5 finalis daripada negara China, Korea Selatan, Singapura, Thailand, Malaysia dan India.

Pada mulanya, peserta daripada negara China mendahului di tangga teratas dengan undian secara online yang tertinggi iaitu melebihi 140,000 di mana ketika itu, Shila hanya mampu berada di tempat kedua dengan undian 69,000. Namun, Shila Amzah berjaya mengatasi persaingan ini.

Set Fire To The Rain

Penampilan Shila Amzah dalam pertandingan Asian Wave Shanghai menerusi lagu Forever Love nyanyian asal Lee Hom telah berjaya menarik perhatian juri serta penonton yang mengikuti program tersebut. Malah, salah seorang juri pertandingan itu iaitu Eric Moo telah melabelkan Shila sebagai seorang Superstar yang berjaya membuatkan penonton rasa meremang dengan gaya vokal mantap nyanyiannya itu. Lebih teruja lagi, apabila juri yang berasal dari Malaysia tetapi telah menetap di China berjanji akan menunjukkan persembahan Shila kepada Lee Hom.

“Saya berjanji akan mencari cara agar Lee Hom mendengar sendiri Forever Love versi Shila Amzah. Pada malam ini, saya telah mendengar sebuah nyanyian dari Shila yang meremangkan bulu roma saya. Bagi saya, Shila adalah next Superstar,” ujar Eric.

Menyahut pandangan Eric, Shila dengan rendah hati, tidak menyangka pujian sebegitu akan diluahkan dari mulut Eric yang berpengalaman besar dalam industri muzik China.

“Ya, saya tidak terfikir Eric akan mengkategorikan saya sebegitu. Masih jauh lagi,” ujar Shila. Bertegas dengan pandangannya itu, Eric telah memberitahu bahawa sememangnya Shila layak mendapat gelaran Superstar.

“Saya tidak kira. Saya tetap merasakan awak adalah Superstar Shila. Sekarang ini awak telah pun menjadi Superstar,” tegas Eric yang juga bergelar penyanyi hebat di China.

Tahniah Shila Amzah, anda telah menharumkan nama Malaysia dipersada dunia!

Shila Amzah Mengeluarkan Air Mata Selepas Mendengar Jeritan Peminat Sebelum Dinobatkan Sebagai Pemenang


Kompilasi semua lagu Shila Amzah untuk Asian Wave 2012

0 bisikan:

Catat Ulasan

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...