Rabu, 19 September 2012

Shila Amzah Harumkan Nama Malaysia Di China

Shila Amzah Di Asian Wave
Tahniah buat Shila Amzah, walau dengan imej bertudungnya, mampu mengharumkan nama Malaysia selepas berjaya melangkah ke peringkat akhir pertandingan nyanyian Asian Wave yang berlangsung di Shanghai, China.

Pertandingan ini disertai oleh pelbagai negara Asia sperti Jepun, China, Thailand, Korea dan banyak lagi. Seramai 30 peserta telah menyertai dan hanya 12 peserta bakal berentap di pentas akhir pada 20 September nanti. Pusingan awal telahpun berlangsung pada awal 31 Ogos hinggalah 6 September lalu.

Shila Amzah telah menyanyikan lagu "Set Fire To The Rain - Adele" dan juga "Forever Love" pada pusingan pertama Asian Wave.

En.Koala berbangga kerana Shila Amzah mampu membawa imej Islam ke serata dunia dan ini membuktikan, dengan cara memakai tudung sekalipun mampu membawa nama artis Islam dan fesyen Islam tanpa bimbang imejnya terjejas sebagai artis. Namun, artis sebelumnya iaitu Yuna telahpun berjaya membuktikan Imej bertudung mampu menarik minat masyarakat luar untuk mengenali Islam dan mengharumkan nama Mlaysia di Amerika dan serata dunia. Tahniah sekali lagi! Jom layan klip video Shila Amzah... =)




0 bisikan:

Catat Ulasan

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...