Selasa, 4 September 2012

Apa Itu Oppa Gangnam Style



Assalamualaikum.

Okay.malas nak mukadimah panjang-panjang macam biasa,kerja bertimbun lagi ni. HeHe...

Okay,isu kali ni, isu karipap panas mak jemah punya... kompem terhangat di pasar tani. Okay,balik pada tajuk.

Oppa gangnam style. Oi oi apa gangnam style ni?



Senang cakap,gangnam style ni hanyalah tarian ala  kuda yang asalnya dari Korea (Gangnam adalah nama tempat). Antara artis yang buat tarian ini adalah Park Jaesung-PSY. Sejak dimuat turun pada 15 Julai 2012 di Youtube, ia telah ditonton sebanyak 84 juta kali  hanya di Youtube. Macam mana dengan tv dan yang sama waktu dengannya? Lu pikirlah sendiri.PM pun update di twitter tanya kenapa lagu ni jadi fenomena, sebab unik kot. Apa-apa video yang ada tajuk gangnam style je kompem ramai yang jadi penonton (buat parody). Kalau nak buat tutorial tudung ala gangnam style pun kompem ramai tonton ni.

Tapi ada pulak yang kata maksud tarian tu ialah 'Saya nak jadi Yahudi'. Mak oiiii...cenggitu pulak kan.

Macam ni la, pada pendapat saya, kalau tarian tu tak memudaratkan kesihatan sedunia,boleh je tengok. Lagipun, tengok je pun. Bukan nak hafal buat gaya berjalan ke, gaya hotstuff kat tempat belajar ke. Ke ada yang buat macam tu ek? Di sini saya nak bagi maksud oppa gangnam style sikit.

oppa=abang
gangnam-nama tempat kat Korea
style=stail

Terpulanglah. Fikirkan baik buruk sebelum buat sesuatu perkara tu. Kalau sopan,buat. Kalau tak,tinggalkan. Lagi satu,video ni ada jugak la part yang tak tutup aurat. Dah nama artis nye pun bukan Islam, memang la dorang tak ambil kisah pasal aurat segala bagai ni. Maka kita sebagai orang Islam,selaraskan isu dan pandangan tentang video ni mengikut syarak. Malas nak ulas lebih-lebih,tanyalah ustaz ustazah atau orang yang lebih arif.


By Cik Ammelia ... ;)

1 ulasan:

  1. kalau sedar tidak tahu apa2..jgn ulas la...adala lebih diam drpa berkata tentang perkara yang kita xtau...

    BalasPadam

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...