Selasa, 4 September 2012

Gigitan Hangat: Farid & Diana Sudah Bertunang

Farid Kamil dan Diana Danielle
Alhamdulillah, itulah yang En.Koala ingin ucapkan pada Farid Kamil dan juga Diana Danielle. Walaupun sudah bertahun-tahun berlakon, akhirnya, dua-dua insan popular ini telah pun bertunang  secara diam-diam tanpa pengetahuan umum dan mungkin pada masa terdekat, mereka akan berkahwin.

Dihebohkan yang majlis pertunangan ini adalah pada Ahad lepas dimana majlis ini dilangsungkan di rumah Diana Danielle. Ibu Farid Kamil, iaitu Norsiah Ramli telah pun menyarungkan cincin pertunangan kepada bakal menantunya itu sebagai tanda ikatan mereka akan betul-betul sah tidak lama lagi dan sebagai petanda, tiada siapa akan merampas cinta mereka berdua.

Dikatakan juga, ikatan mereka ini hanyalah untuk setahun sahaja, ini bermakna mereka akan berkahwin pada tahun depan. Diana menerima 3 dulang yang merupakan senashkah al-Quran, pakaian dan kasut. Manakala Farid Kamil telah menerima 5 dulang hantaran.

Ibu Farid Kamil ketika ditemubual wartawan Berita Harian menjelaskan, “Alhamdulillah, segala-galanya berjalan dengan lancar. Sebagai ibu, tiada apa yang lebih menggembirakan selain melihat anaknya bahagia. Harap-harap pertunangan ini kekal sehingga ke jenjang pelamin dan Farid dapat menjaga Diana dengan baik.”

0 bisikan:

Catat Ulasan

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...