Rabu, 15 Ogos 2012

Tips Keselamatan Rumah Ketika Pulang Berhari Raya


1.Mendaftar dengan Balai Polis terdekat dengan menggunakan Borang Balik Kampung. Sebuah kereta peronda akan memandu  dan memantau keadaan rumah anda secara berkala semasa anda berada jauh untuk memastikan bahawa semua dalam keadaan baik.

Kereta Polis

2.Hubungi penjual akhbar tempatan anda, dan meminta mereka untuk menghentikan penghantaran akhbar semasa anda tiada dirumah.


3.Berikan kunci rumah anda kepada saudara dan rakan yang boleh dipercayai, atau jiran, dan meminta mereka untuk memerhatikan rumah anda beberapa hari bagi memastikan semuanya baik. Semasa melakukan pemantauan, minta mereka untuk mengubah kedudukan langsir rumah anda supaya ia kelihatan seperti seseorang berada dalam rumah. Jika anda mempunyai pokok tanaman seperti bunga di rumah, letakkan dalam satu bilik rumah supaya dia mudah menyiramnya.

Serahkan Kunci Rumah Anda


4.Membuat tindakan yang sesuai untuk haiwan kesayangan anda. Menghantar mereka ke tempat sesuai, tempat pengjagaan haiwan ataupun jiran dan mereka yang boleh dipercayai.

5.Cerahkan salah satu ruang atau bilik dirumah anda. Contohnya menggunakan lampu pemasa yang mana anda boleh setkan pada pukul berapa untuk lampu itu menyala. Carinya dikedai elektrik atau eletronik berdekatan atau mana-mana yang anda suka. :)

Nyalakan Satu Ruang



6. Matikan dan cabut semua peralatan elektronik, seperti pam air, komputer, router / modem, televisyen, set Astro, ketuhar gelombang mikro, dll. Ini akan mengurangkan penggunaan elektrik dan melindungi peralatan elektrik anda sekiranya berlaku kilat kecuali jika ada lampu pemasa.

7.Hidupkan sistem penggera rumah anda sebelum berangkat pergi. Bagitahu kepada sesiapa pun yang akan datang ke rumah anda bagaimana untuk melumpuhkan penggera dan cara menetapkan semula penggera supaya mereka yang datang tidak disyaki sebagai penceroboh ataupun pencuri.
Hidupkan Sistem Penggera Rumah


8.Jangan sesekali beritahu sesiapa yang anda akan pergi jauh, kecuali rakan-rakan dan keluarga yang dipercayai. Memberi amaran kepada anak-anak anda untuk tidak menyiarkan percutian anda di laman web rangkaian sosial seperti Facebook atau Twitter mahupun blog. XD

Ini adalah pesanan khas daripada En.Koala dan juga Cik Ammelia.

"Berhati-hati dijalan raya 
dan 
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri"






0 bisikan:

Catat Ulasan

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...