Selasa, 28 Ogos 2012

Sesi Jenaka: Sendaloka Malam Pengantin Baru


Dalam keheningan malam yang penuh syahdu, Ramli masuk kekamar kerana mengantuk - kemungkinan ada juga rasa yang lain - faham-faham aje lah.. pengantin baru katakan XD! ) Dilihat isterinya sudah berselimut dari hujung rambut ke hujung kaki. "Malu agaknya. Maklumlah malam pertama..." bisik hati Ramli.

Dimatikanya lampu dan dia pun berbaring di atas katil. Suasana sunyi kemudian terdengar suara isteri nya berbisik, penuh romantis, "Buah betik dah masak ranum, bila tupai nak datang merasa ?"

"Dah, apa citer ni ?" bisik Ramli dalam hati. Separuh malam dia terbaring berfikir. "Oh, agaknya isteri ku teringat kampung halaman.. kesian.. sampai mengigau? Tak apalah, biarlah dia tidur", kata hatinya penuh memahami.

Malam ke-2 adegan yang sama berlaku, cuma dialognya agak berbeza. Bisik isteri, "Sawah bendang dah siap dibajak, bila pak tani nak turun menyemai?". "Kesiannya bini aku.. masih mengigau lagi.. aku mesti cari penawar !" Ramli bertekad.

Esok harinya, Ramli memberitahu pada ayahnya yang kebetulan datang untuk bertanya khabar `pengantin baru' "Lah.. ish ish ish..." keluh ayah Ramli, "Aku hantar belajar sampai Universiti, benda macam ini pun kau tak faham?".

Ayahnya pun mula bercerita perihal Adam & Hawa, Laila dan Majnun, Romeo dan Juliet... (yang relevan untuk pegantin baru sahaja!) Sepatah cakap orang putih "About the Birds & The Bees". "Oh. macam tu..." tersengih Ramli, "Baru saya paham. Tahulah apa nak buat malam ni!".

Malam yg sangat ditunggu-tunggu, Ramli pun tiba... adegan sama dikamar tidur. Cuma kali ini isterinya membisu seribu bahasa. 

"Lah..kenapa senyap pula. Takkan dia 'give up' ", tertanya-tanya si Ramli.

Setelah sekian lama tanpa suara dari isteri, Ramli pun berkata, "Dah lapar betul rasanya perut, boleh tupai datang merasa?" Malam dingin semakin sunyi.. tak jawab pun... "Kain pelikat dak disinsing rapi, boleh pak tani turun menyemai ?" pun..masih tiada jawapan...

Ramli mencuba lagi.

"Juruterbang dah siap sedia... boleh pesawat turun mendarat ?"

Sayu sekali jawapan si isteri dari bawah selimut,

"Maaf tuan... Landasannya baru saje banjir...!"

Tips kahwin: Jangan tunggu si isteri datang bulan... kan melepas... :P

0 bisikan:

Catat Ulasan

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...