Selasa, 7 Ogos 2012

Gigitan Hangat: Shila Amzah Tekad Bertudung

Foto 1
Alhamdulillah, semakin ramai artis mula memakai tudung. Walaupun ada segelintir yang cuba berjinak-jinak untuk memakai tudung. Namun, kadang-kadang, siapa yang cuba dekat dengan Allah, akan terbukalaah hidayahnya. Kali ini, giliran salah seorang artis cun melecun tanah air pula. Shila Amzah, seorang penyanyi dan model kini nekad untuk memakai tudung setelah mencubannya semenjak awal Ramadhan lagi. Walaupun En.Koala tidak pasti akan sama ada Shila Amzah menyatakan hal ini secara benar. Desas desus mengatakan yang Shila telah pun membuat keputusan yang amat nyata mulia disisi agama.


Apa kata Shila Amzah?

“Pada mulanya penghijrahan ini bermula pada 1 Ramadan sebagai tempoh percubaan dan ingin mendapat kepastian adakah saya benar-benar bersedia untuk melakukan perubahan tersebut. 
“Dua hari lalu (Sabtu) saya sibuk dengan penggambaran program Nona bersama Neelofa dan Fauzana, tetapi ketika itu saya terpaksa membuka tudung.
“Kemudian, di sebelah petang pula Sharnaaz mengajak saya untuk berbuka puasa bersama peminat-peminatnya dan ketika sedang bersiap, tiba-tiba sahaja saya ambil tudung dari almari dan pakai terus. Ketika itu saya dah rasa sudah sampai masanya untuk diri ini berubah,”
Kemudian, ditambahnya lagi dengan mengatakan bahawa ibunya dan Sharnaaz Ahmad adalah dua insan yang membuatkan dirinya gembira...

“Apabila memberitahu hasrat ingin bertudung kepada ibu, banyak kali dia tanya, adakah saya yakin dengan keputusan ini kerana apabila dah pakai, kita tak boleh nak buka semula tudung sehingga mati. 
“Alhamdulillah, memang saya ingin berubah dan mahu menjadi insan yang lebih baik daripada sebelum ini. Malah, saya mula berubah sedikit demi sedikit dengan mengubah cara pemakaian yang lebih sopan,” (mstar).

Foto 2

Gambar oleh : mygosip.com

1 ulasan:

  1. bagus la... 
    http://www.redlomo.com/backlink/

    BalasPadam

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...