Sabtu, 11 Ogos 2012

Gigitan Hangat: Lagu Ainan Popular Di Indonesia

Ainan Tasneem Popular Dengan Aku Suka Dia
Kenal ke Ainan Tasneem, gadis comel yang berusia 20 tahun ini. Popular dengan Aku Suka Dia dan kini telah masuk pasaran muzik Indonesia! En.Koala pun ada terlihat facebook Ainan ini dan terima ucapan dia berkenaan lagu itu.
 
Dan mengikut pengerusi promosi Music Valley Malaysia (MVM), beliau mengatakan:

“Pihak MVM mula mengesan bakat Ainan melalui lagu-lagu nyanyiannya di laman youtube. Pandai bermain gitar dan mencipta lagu sendiri adalah kelebihan yang jarang ada pada penyanyi remaja seperti dia.

“Syukur.. lagu Aku Suka Dia mendapat sambutan bagus di stesen radio dan peminatnya. Ini satu perkembangan yang baik bagi penyanyi baru seperti Ainan.

“Nak tahu, lagu ini pun dah masuk pasaran Indonesia. Setakat ini pihak kami mendapat feedback positif daripada pihak sana. Harap-harap peminat di sana suka.

“Tak lama lagi, Ainan akan muncul dengan single terbaru berjudul 150 Juta. Lagu ciptaannya sendiri ini adalah berdasarkan pengalamannya sendiri.”

Perghhh..... best-ker lagu Ainan nie? Semakin diterima dihati masyarakat.

Ainan dah ada teman istimewa ker?

AINAN: “Sebenarnya saya dah cipta banyak lagu. Saya jadikan lagu Aku Suka Dia ni sebagai single pertama kerana sesuai dengan jiwa remaja. Lagu ini mengisahkan seorang gadis yang pada mulanya memendam rasa cinta pada seorang lelaki. Jadi dia luahkan rasa cintanya itu.”

Ainan masih belajar di Universiti Malaysia Perlis dalam ijazah Kejuruteraan Bio Proses. Dan telahpun mempunyai seorang jejaka didalam hati. Siapakah dia? Soalan itu menjadi salah satu tanda tanya? :)

Ainan Tasneem Sudah Berpunya

1 ulasan:

  1. bohong ni berita,si ainan ini tidak popular di indonesia.lagunya aja yang mana kami tidak pernah dengar.sorry lah...sekarang ini yang sedang popular di indonesia itu RAISA,CAKRA KAHAN,SEAN,....kalo cuma bisa main gitar n cipta lagu mah di sini juga sudah terlalu banyak yang seperti itu.hampir semua penyanyi baru wanita solo di sini bisa main gitar bro..walau jual suara tapi wajah juga tidak kalah penting,sedangkan wajah penyanyi malaysia kurang cantik.

    BalasPadam

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...