Khamis, 2 Ogos 2012

Gigitan Hangat: Abby & Memey Berbaik Semula

Bahagia Bersama Walaupun Abby Bukan Lagi Isteri Norman Hakim

Alhamdulillah, itulah yang En.Koala ingin dengar. Penceraian mungkin menyebabkan kita membencikan seseorang, namun dalam Islam, kalau boleh kita redha dan terima hakikat dan percaya bahawa Allah akan bagi yang terbaik buat kita. Disini, En.Koala ingin kongsikan sedikit berita daripada mynewshub.

Dengan kuasa Allah S.W.T, semua mungkin berubah.

Setelah empat tahun mereka seperti ‘berperang’, akhirnya Abby dan Memey telah pun berbaik semula dan mampu bertemu muka bersama.

Khabarnya, Abby telah pun menjemput Norman dan Memey datang ke rumahnya untuk berbuka puasa bersama-sama anak-anak mereka.

Hubungan baik mereka jelas terpancar melalui gambar yang mereka ambil selepas selesai solat maghrib bersama-sama semalam.

Menerusi Bisik Buzz oleh FF di saluran radio Hot.FM, Farah Fauzana (FF) telah pun menghubungi Memey pagi tadi untuk mendapatkan pengesahan tentang cerita yang mereka berdua telah berbaik.

Ternyata, Memey melahirkan rasa syukur kerana cerita yang tersebar cepat itu yang mengatakan mereka berdua sudah berbaik adalah benar-benar berlaku.

“Sebenarnya semalam, Memey dan abang Norman telah berbuka puasa di rumah Kak Abby. Alhamdulillah, kami berbuka bersama-sama. Selepas berbuka, kami solat Maghrib bersama-sama dan diimamkan oleh abang Norman sendiri.

“Memey rasa bersyukur dan gembira kerana selepas empat tahun kami tidak berapa baik, doa orang ramai telah pun dimakbulkan. Jadi, Memey berharap agar orang ramai terus mendoakan kebahagian Memey, abang Norman, kak Abby dan anak-anak,” luah Memey gembira.

Bukan itu sahaja, gambar Memey dan Abby yang memakai telekung yang sama juga turut dirakam membuktikan mereka sudah boleh berjumpa.

Abby & Memey Serasi Bersama


“Sebenarnya, gambar itu ditangkap selepas selesai solat Maghrib. Memey pakai telekung Memey sendiri. Tapi, kak Abby berikan telekung yang sama dengan kak Abby kepada Memey. Jadi, Memey tukar pakai telekung tu. Tu yang kami tangkap gambar,” katanya.

Selain itu, Abby sendiri turut berkongsi cerita gembiranya itu di laman Twitternya.

Ucapan Syukur di laman Twitter Abby Abadi

0 bisikan:

Catat Ulasan

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...