Ahad, 29 Julai 2012

Tips Kekal Cergas Di Bulan Ramadhan

"Wahhhh! tak laratnya nak buat kerja. Ottomen,help me!"

HeHe..letih bebeno gaya berpuasa ye? Alala kesiannya dia. Nak jadi superman atau superwoman macam hari-hari biasa tak? Boleh. Soleh. Siapa cakap tak boleh. Tanpa perlu berbuka puasa pada siang hari. acano? 

JANGAN TINGGAL SOLAT
Solat itu tiang agama. Kalau nak tinggal solat,baik tak payah puasa. (jangan tiru aksi ini di rumah) Silalah tunaikan solat fardhu 5 waktu. Menurut kajian,solat boleh melancarkan perjalanan darah. Solat tahajud juga boleh meneutralkan caj negatif dalam badan. Wow kan? 

NIAT
"innamal a'malu binniyat"
Mulakan semua perkara dengan niat okeh? Puasalah dengan niat kerana Allah. Jangan kerana terpaksa,kerana malu sebab semua orang puasa (peliknya sebab ni), semata-mata puasa sebab bf/gf suruh (ni lagi pelik). Puasalah dengan niat yang betul. Kompem tak rasa letih puasa.

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Jika kamu berpuasa maka bersiwaklah (gosok gigi) diwaktu pagi dan jangan diwaktu petang,maka sesungguhnya tiada orang puasa yang kering bibirnya diwaktu petang melainkan akan menjadi cahaya didepan matanya pada hari kiamat" (Riwayat Al-Tabrani) 


AMALKAN PEMAKAN YANG BETUL
Pada bulan puasa ni,pemakan paling penting tau. Yelah,nak pastikan kita ada tenaga yang mencukupi sepanjang hari untuk buat kerja dan paling penting,untuk beribadah. Nabi sahur dengan segelas susu dan sebiji kurma je dulu. Silalah amalkan sunnah Baginda ini. Sunnan itu indah kan? *peace! kalau ikut konteks semasa,susu tu susu segar la tapi kalau nak senang boleh je minum susu colestrum disamping makanan tambahan yang lain seperti multivitamin,spirulina atau apa-apa yang sama waktu dengannya.


BANYAKKAN BERSEDEKAH
Sedekah boleh panjangkan umur. Tahu ke tak? Banyakkanlah bersedekah pada bulan puasa ni. jangan kedekut sangat sebab setiap apa yang disedekahkan itu akan diganti oleh Allah. Jangan pulak berangan duit terbang ke muka,balasan tu kalau tak di dunia,di akhirat nanti pasti dapat. Saya berani kerat jari nak jamin. Sebab janji Allah itu pasti.Sahabat Baginda dahulu ada yang sakit tenat,Baginda suruh bersedekah kepada fakir miskin,Alhamdulillah,sahaba itu sembuh. 

JAGA MATA
Dari mata turun ke hati. Jagalah pandangan mata untuk elak tengok benda-benda maksiat. Maklumlah,saya tahu ramai bebeno yang pakainya seksi,tak tutup aurat dan yang sama waktu dengannya,bukan perempuan je,laki pun syok pulak dia tayang kepala lutut tuh. Adeih! Sama-samalah kita jaga pandangan mata supaya tak terganggu segala urat saraf dan,organ dan angggota badan untuk menyempurnakan ibadah puasa.

SIBUKKAN DIRI
Ya,sibukkan diri anda. Buatlah semua kerja yang berfaedah yang ada di sekeliling anda. Latih diri untuk sentiasa berfikir. Maka,takdelah fikir sangat letih,nak cepat berbuka. Maklumlah kan,bulan puasa ni telinga terasa bahagia je kan dengar azan Maghrib? Tapi sibuk pun,berpada-padalah. Jangan over rajin pergi angkat berat ke panjat bangunan ke,buatlah kerja yang light je.

AMALKAN TERAWIH
Ha! Terawih jom! Jangan nak ngelat sangat la oi. Buatlah solat ini selagi anda mampu, Saya yakin anda mampu mengubahnya (ayat iklan sikit). Banyak fadhilat solat terawih ni. Amalkan dan anda akan terasa perbezaannya. Inshallah. Tetiba je nanti jadi Ottomen kannnn.

JANGAN MEMBAZIR
Haaaa! Ini paling penting. Entah kenapalah suka sangat membazir di bulan puasa ni kan? Patik pun heran dengan kome-kome sekalian ni. Beli makanan macamlah perut tu ada stor lebih untuk bulan puasa ni. Bersederhanalah. Tak rasa letih ke tengok makanan kita beli mahal-mahal kena buang macam tu je? Letih kan? Kan? Ingat orang lain yang nak makan pun tak mampu.

Selamat beramal. Semoga Puasa tahun ini lebih baik dari yang sebelumnya. :)





0 bisikan:

Catat Ulasan

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...