Khamis, 19 Julai 2012

Terjun Kereta Elak Dicabul, Subhanallah!


Nor Asmira Menceritakan Pengalaman Dirinya

KUALA LUMPUR: “Saya melihat rakan tergolek di jalan sebaik dicampak keluar dari kereta. Pada masa sama, tiga lelaki dalam kereta itu enggan melepaskan saya sebaliknya meraba seluruh badan dan memujuk saya melakukan perkara tidak senonoh.

“Demi mempertahankan maruah, saya memberanikan diri bergelut sebelum nekad terjun dari kereta yang sedang bergerak agak laju meninggalkan kawasan sekolah,” kata pelajar yang mahu dikenali Nor Asmira, 13.

Asmira, seorang pelajar sebuah sekolah menengah di Kajang, di sini, berkata demikian ketika menceritakan pengalaman dia dan rakannya ‘diculik’ sekumpulan tiga lelaki tidak dikenali ketika makan di taman permainan di hadapan sekolahnya itu dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi, kelmarin.

Ketika kejadian, dia dan rakan sekelasnya menjamah makanan di taman berhadapan sekolah.


“Kami dikepung sekumpulan 15 lelaki tidak dikenali yang mengajak kami mengikut mereka bersiar-siar dan berjanji menghantar pulang selepas itu,” katanya.

-------------------------------------------------



Dalam berita Harian Metro hari ini menyatakan gadis diculik dan dibawa bersiar kemudian cuba dicabul. En.Koala tidak fahamlah, kenapa gadis ini suka sangat ikut kehendak 'Jantan' yang tidak dikenali, kalau kenal sekalipun, takkan mudah diajak naik kereta dan percaya yang mereka akan dihantar pulang.

Pendapat pertama En.Koala adalah mungkin kerana terpikat dengan kata-kata manis lelaki itu. Pendapat kedua En.Koala adalah mungkin kerana diugut dan terasa takut. Pendapat ketiga adalah mungkin kerana kenal lelaki itu atau memang suka bersosial tanpa berfikir panjang. Tapi En.Koala bersyukur kerana dua gadis itu terselamat dan ternyata, inilah langkah sebenar walaupun mungkin membahayakan diri.


Wanita yang baik adalah wanita yang menjaga kehormatannya. Wallahualam ~



0 bisikan:

Catat Ulasan

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...