Jumaat, 27 Julai 2012

Serik Bercinta Semenjak Ditikam Tiga Kali


Bahayanya cinta, itulah yang En.Koala boleh katakan sekiranya bercinta tanpa rasa ada iman dihati. Syaitan menguasai diri. Tapi En.koala masih lagi tidak mampu berkata apa-apa kerana insan ini masih lagi hidup dan disayangi oleh Allah.

 Kesian dekat adik kita ini, mungkin selepas ini tiada lagi cinta untuknya. Apakah adik ini trauma untuk kahwin juga? Baca apa kata gadis yang pernah derita cinta ini.


KUALA LUMPUR – “Saya serik untuk bercinta ketika masih bersekolah dan ingin menumpukan perhatian kepada pelajaran.”

Pengakuan tersebut diluahkan oleh Syafina Erina Azni, 15, yang cedera parah selepas ditikam sebanyak tiga kali oleh bekas kekasihnya yang juga merupakan rakan sekolahnya dalam kejadian di Flat 213 Sentul Utama, Taman Datuk Senu di sini pada 20 Julai lalu.

Menurut pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sentul itu, kejadian itu hampir meragut nyawanya.

Katanya, sebelum kejadian itu, dia pernah dipukul sebanyak tiga kali oleh suspek.

Mengimbau semula kejadian pada pukul 4 petang itu, Syafina Erina memberitahu, bekas teman lelaki seusianya itu seorang yang panas baran dan cemburu buta hinggakan dia langsung tidak dibenarkan bercakap dengan mana-mana lelaki.


0 bisikan:

Catat Ulasan

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...