Rabu, 18 Julai 2012

MOJO: Andaiku Bercinta Lagi Semakin Hangat

Mojo Band: Andai Ku Bercinta Lagi
Pernah dengar Band Mojo? Satu band yang popular dengan lagu 'Andaiku bercinta lagi'. En.Koala selalu mendengarnya di dalam radio dan adakalanya MTV dalam televisyen. Tapi sekarang sudah beratus-ratus 'View' dalam Youtube. En.Koala dah muat turun video klip 'Official' nyer... XD .

Siapa Mojo Band nie? Mojo Band ini terdiri daripada 4 ahli iaitu Aweera (bekas finalis One in a Million) selaku vokalis utama, Denny (pemuzik undangan studio dan pentas berpengalaman) selaku gitaris dan pemain dram dan juga Johar (anggota kumpulan Tilu).

Untuk melengkapkan band ini, Edry KRU telah menjadi synthesizer dan juga mencipta lagu Andaiku Bercinta Lagi.

Ini merupakan lirik lagu ini dan juga video yang En.Koala hasilkan berserta lirik : )




Lirik lagu:

Kini kau tiada
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga

Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni?

Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda

Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh
Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh

Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih

Malam tidak berpurnama
Fajar tiada kejora
Aku hilang di dalam gelita kalbu
Tanpa dirimu asaku mati


Selamat Berhibur! ;)

0 bisikan:

Catat Ulasan

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...