Khamis, 12 Julai 2012

Komik Bicara Facebook vs. Islam

'Facebook' ataupun 'Muka Buku' merupakan laman sosial yang semakin menjadi ikutan dan dikatakan sebagai keperluan untuk generasi pengguna internet masa kini, hampir 90% rakyat Malaysia mempunyai akaun Facebook itu tidak dikira Twitter lagi... (En.Koala pun ada twitter @awanibiru .... HeHe :D). Namun, sebagai umat Islam, Facebook menjadi salah satu benda yang lalai sekiranya tidak dimanfaatkan dengan cara yang sepatutnya.
Komik 01
Mungkin Facebook dikategorikan sebagai hiburan namun jika dimanfaatkan dengan cara baik, tentunya amat berguna untuk para Muslim dan Muslimah. Antara keburukan Facebook adalah :
  • Jika disalahguna akan menyebarkan fitnah.
  • Paparan gambar-gambar seksi dan tidak menutup aurat menjatuhkan maruah Islam.
  • Menjadi pendorong maksiat sekiranya gambar-gambar, kata-kata dan video yang mampu menaikkan syahwat tidak kira lelaki atau wanita.
  • Membuang masa sekiranya tidak bijak membahagikan masa untuk bersosial dengan tugasan lain.
  • Menjadi tempat perbalahan, perkauman dan lain-lain sekiranya status atau fakta yang dikeluarkan itu tidak tepat atau mendorong provokasi.
Apa kata kalau kita ubah Facebook ini jadi tempat yang istimewa dan bagus untuk semua. Ini cadangan En.Koala :

  • Untuk lelaki, gunakan gambar profil yang menutup aurat dan tidak terlalu menonjol akan 'trend' rock, punk ataupun imej yang tidak elok dipandang oleh orang ramai.
  • Untuk wanita, sekiranya ingin menggunakan gambar profil, pakailah tudung anda elok-elok dan tutup aurat, tak nak tudung labuh pun tak apa, asalkan jangan 'freehair'.
  • Untuk wanita, tidak perlulah ber'posing' comel atau maut semata-mata untuk jadi popular dan mendapat 'Like' yang banyak. Tuhan itu lagi Maha Comel-lah ... Hehe... bak kata Ustaz & Ustazah, "Kecantikkan mu itu hanyalah untuk suamimu sahaja". - perkara ini boleh mengundang maksiat dan buat manusia lalai terutama lelaki!
  • Dalam banyak-banyak status berkenaan diri anda, tulislah sedikit status berkenaan tazkirah, kisah para nabi, fadhilat solat dan puasa dan sebagainya. Mudahan-mudahan, status kita itu di "Like" oleh Allah swt. Amin ~
  • Pandai-pandailah bahagikan masa untuk bersosial, berkerja, bersama kawan dan keluarga, beramal ibadat dan lain-lain. Jangan 24 jam menghadap PC sahaja. Maklumlah, zaman sekarang serba canggih. Dunia dihujung jari, iPhone, iPad, Android, Tablet dan macam-macam lagi. Tapi gunalah untuk ke arah kebaikkan.
  • Usrah? Boleh sahaja, buat 'Facebook Group' dan anda boleh bincang sebarang topik dalam kumpulan itu tanpa rasa segan silu atau takut. Insyaalllah, dengan berkat Allah, rejim Israel takkan dapat tahu punyer.... :P
  • Yang terkakhir untuk kali ini adalah Facebook mampu mengerat hubungan silaturrahim sesama insan yang lain tidak kira jauh atau dekat dan mampu mempertemukan mereka yang hilang, tidak ditemui atau kenalan lama terpisah.
Komik 2



Dan banyak lagi kalau mahu dikongsi bersama. En.Koala berpendapat, mungkin anda semua mampu berkongsi masalah ini dan antara salah satu cara yang mantap adalah dengan menggunakan Facebook ini untuk berdakwah dan menyampaikan benda  baik serta nasihat yang baik, jauhi provokasi dan tingkatkan prestasi demi memajukan umat Islam di serata dunia. Waallahualam ~

Kredit gambar kepada : dakwah.info

0 bisikan:

Catat Ulasan

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...