Khamis, 26 Julai 2012

Gigitan Hangat: Sam Kahwin Umur 32

Siapa tidak kenal Shaheizy Sam? Baru-baru ini abang Sam kita ini muncul dalam panggung wayang dalam filem 8 Jam, sudah tonton? Rugi jikalau tidak tengok, En.Koala baru tengok semalam, HeHe.

Shaheizy Sam merupakan pelakon tanah air yang popular dan ada sahaja filem yang dilakonkannya termasuk filem aksi, komedi, cinta, aksi, antagonis, protagonis, psiko dan sebagainya. Namun, pada bulan September nanti, Shaheizy Sam bakal menjengah usia 30 tahun. Tapi apa yang En.Koala ingin katakan adalah, abang Sam kita Shai kita nie... belum kahwin lagi! XD

Apa kata abang hensem macho kita nie... :


"Bukan saya mahu mengelak untuk mendirikan rumah tangga, tetapi semuanya saya serahkan pada jodoh dan tidak terlalu mencari sangat kerana lebih menumpukan kepada kerjaya.

"Lagipun sehingga kini saya masih lagi belum memiliki teman wanita dan saya sasarkan akan berkahwin paling awal semasa usia 32 tahun," ujarnya ketika ditemui pada majlis tahlil anjurannya di Masjid Al-Ridzuan, Hulu Klang baru-baru ini.

Berita gembira buat wanitakan, apa lagi, pergilah masuk bertanyakan Shai, tidak salahkan wanita meminta kepada lelaki untuk mendirikan istana disyurga nanti? En.Koala pun single lagi... XD

Selain soal kahwin, Shai juga turut mengulas tentang rezekinya yang melimpah ruah itu.

"Bukan mudah untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami dan sejujurnya saya masih belum bersedia untuk mempunyai komitmen dalam berumah tangga. Jadi, sebagai persediaan untuk melangkah ke alam perkahwinan, saya perlu kumpul aset dan wang ringgit terlebih dahulu," katanya.

Ibu Shaheizy iaitu Khaty Fauziah juga tidak memaksa anaknya untuk mencari jodoh kerana faham akan kerjaya anaknya.

Abang Shaheizy kita akan berhenti berlakon sepanjang bulan Ramadhan dan akan memberi tumpuan untuk beramal ibadah terutamanya menunaikan solat terawih bersama keluarga.

Jadi, kepada wanita, abang 8 Jam kita ini alim jugak orangnya, ada ciri-ciri untuk dijadikan suami tak? Semua terpulang pada hati masing-masing. Salam barakah! :)

Shaheizy Sam Bersama Ibunya Ketika Majlis Tahlil Baru-Baru Ini

0 bisikan:

Catat Ulasan

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...