Sabtu, 7 Julai 2012

Gigitan Hangat: Ella Sah Bergelar Isteri

Ratu Rock Ella
Sungguh tidak dijangkakan, Ratu Rock Malaysia iaitu Ella ataupun nama sebenarnya adalah Nor Zila Aminuddin, 46 sah bergelar isteri kepada seorang jejaka juruterbang Firefly, iaitu Azhar Husaini Ghazali, 30.

Sudah bertahun-tahun lamanya, akhirnya Ella menamatkan spekulasi yang mengatakan bahawa dia akan menjadi andartu selamanya. Tapi kini, zaman bujangnya telah tamat. Walaupun perbezaan umur yang ketara, itu tidak menjadi halangan buat pasangan yang saling mencintai ini.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Telok Gadong, Baharudin Abu Bakar manakala abang sulung Ella, Mohd Nor Izam Aminuddin bertindak sebagai wali.

Dengan hanya sekali lafaz, pasangan ini yang berkenalan sejak sembilan tahun lalu sah bergelar pasangan suami isteri.

Majlis pernikahan kedua-dua mempelai ini berlangsung di rumah keluarga Ella di Telok Gadong di sini kira-kira jam 10.35 malam ini.

Majlis yang diadakan dalam suasana sederhana namun meriah, dihadiri kira-kira 200 jemputan terdiri daripada kaum keluarga pengantin kedua-dua pihak.
Persolekan Sebelum Majlis Perkahwinan Dilangsungkan

Pengantin perempuan menerima RM50,300 sebagai mas kahwin dan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang daripada pihak perempuan. Antara barang hantaran yang diberi adalah kek, set minyak wangi, dan cincin.

Penyanyi kelahiran Gelugor, Pulau Pinang ini tampil anggun mengenakan busana rekaan Syaiful Baharim.

Majlis resepsi pasangan pengantin baru ini dijangka diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, 1 Disember ini.

Ella dikatakan sudah mengenali Azhar sejak sembilan tahun lalu dan hubungan mereka hanya serius semenjak tiga tahun lepas.

Ella bersyukur kerana walaupun usianya sudah menjangkaui batasan sebagai seorang wanita, namun jodoh itu adalah takdir Tuhan. Tahniah En.Koala ucapkan pada Ella, semoga memperolehi anak. Insyaallah. 

Ella Cantik Memperagakan Gaun Perkahwinannya


Gambar kredit kepada rotikaya

0 bisikan:

Catat Ulasan

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...