Jumaat, 20 Julai 2012

Al-Mubarakah: 6ixth Sense Berdakwah Dengan Album Baru

Assalamualaikum daripada En.Koala,

Pernah anda lagu 'Tanpa' daripada kumpulan 6ixth Sense? Sungguh enak didengar melalui siaran radio tidak kira dimana jua anda berada. En.Koala suka dengar lagu 6ixth Sense ini, merdu, jiwang dan menyayat hati. Tapi kali ini, 6ixth Sense bakal kembali dengan album baru sempena Ramadhan yang bertajuk, 'Tentang Kita'. Judul album kali ini adalah khas untuk umat Islam diserata dunia dan dikatakan album ini adalah bertujuan untuk menyampaikan dakawah kepada semua umat Islam.


Sengaja memilih judul Tentang Kita kerana ia dianggap simbolik kisah hidup manusia yang mencari keredaan Tuhan, tidak mengira sama ada manusia itu berada dalam kesusahan atau dalam lambakan nikmat Tuhan.

Himpunan lagu yang dipilih juga berkait rapat dengan perkara yang berlaku dalam kehidupan harian manusia, khususnya yang masih mencari kedamaian (peristiwa di Syria dan masalah rumah tangga), pencarian kasih sayang (daripada Allah, para Rasul serta ayah dan ibu), penemuan keredaan dan bantuan Tuhan serta khusus untuk para Muslimin yang menagih syafaat Rasul (ikon terbaik).

"Ini merupakan kali pertama Sixth Sense lahir dengan sebuah album penuh yang kesemua lagu berkonsepkan kerohanian.

"Ia juga merupakan kelainan yang cuba kami tampilkan kepada para peminat. Sebelum ini kami ada menghasilkan lagu-lagu sebegini, (kerohanian) tetapi lirik yang berunsur kerohanian tidaklah terlalu mendalam seperti Khatimah Cinta," ujar vokalis 6ixth Sense, Adi.

Tambah Adi, dia berharap agar album tersebut mendapat sambutan yang baik daripada peminat kerana berpendapat ia mempunyai keistimewaan tersendiri.

Ujarnya: "Selain itu kami anggap kelahiran album ini juga mempunyai keistimewaan tersendiri kerana lirik-lirik lagu dalam album ini yang banyak mengandungi unsur-unsur nasihat serta mampu memberikan mesej yang positif kepada pendengar."

Tentang Kita mengandungi lagu-lagu seperti Ayah Dan Ibu, Damai Yang Hilang, Rasulullah dan Cintaku Padamu Seluas Angkasa (Selawat) yang mendapat sentuhan susunan muzik yang direncana 6ixth Sense sendiri turut dimantapkan dengan bunyi strings oleh Dimawan Krisnowo Adji Sa'unine Strings.

Album tersebut turut dimuatkan dengan beberapa buah lagu yang pernah dipopularkan oleh kumpulan nasyid tempatan iaitu Nowseeheart dan Hijjaz, tetapi diberi nafas baharu oleh band ini.

Kumpulan Band Indonesia  6ixth Sense Yang Bakal Berdakwah di Bulan Ramadhan



Mereka juga merakamkan album tersebut di tiga buah studio berbeza iaitu Hijjaz Studio, King's Studio dan Studio 18.

Bercakap mengenai proses menyudahkan Tentang Kita, Adi mengaku mereka terpaksa berhadapan dengan beberapa cabaran.

"Tidak dinafikan kami turut berhadapan dengan cabaran untuk menghasilkan album ini, terutamanya susunan muzik yang tidak boleh terlalu keras dan perlu memilih lagu yang sesuai agar dapat diterima ramai. Bagaimanapun semuanya berjalan lancar sehingga pembikinan album ini selesai," ujarnya.

Harapan mereka juga, agar album tersebut dapat memberi manfaat kepada semua pendengar melalui dakwah secara seni.

Sementara itu, lagu baharu berjudul Altar Cinta ciptaan penuh Adi, bakal menemui peminat yang menantikan sentuhan baharu mereka yang semakin popular selepas muncul dengan album mereka yang berjudul, +-x÷.

Malah, lagu berkenaan telah diperdengarkan secara serentak menerusi radio utama tempatan pada 18 Julai lalu.

Sebelum ini, mereka tampil dengan single pertama menerusi album ini dengan lagu menampilkan kumpulan nasyid Saujana berjudul Penerang Hati ciptaan Faiz Azizi Arlis atau Gjie dan semakin mendapat tempat di carta radio tempatan, malah mula menjadi pilihan di pusat karaoke seperti Red Box.

Lagu berkenaan bakal diperdengarkan secara serentak menerusi radio utama tempatan pada 18 Julai 2012, terdiri daripada ERA FM (9 malam), THR FM (8.30 malam), SURIA FM (5.50 petang), IKIM FM (5.50 petang), HOT FM dan stesen lain yang mengambil bahagian.



SENARAI PENUH LAGU ALBUM ‘TENTANG KITA’


  • Penerang Hati
  • Ayah Dan Ibu
  • Damai Yang Hilang
  • Rasulullah
  • Cintaku Padamu Seluas Angkasa (Selawat)
  • Altar Cinta

LIRIK ALTAR CINTA

Luruh hatiku menjadi puing-puing yang tandus
Kala terjatuh saatku jalan dalam kehidupan
Deras merayu kepada satu cinta abadi
Malam menjadi altar cinta yang lebih mendalam
Kesal bukan satu jawapan
Hanya cintaMu beri sayap
co:
Tak mampu kuterbang tanpaMu
Ku lemah jauh dari cintaMu
Saat pedang takdir menghunus
Hanya Engkau sayapku

Song and Lyric : Adi 6ixth Sense
OP: Rumpun Records Sdn Bhd
SP: Universal Music Publishing Sdn Bhd

0 bisikan:

Catat Ulasan

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...