Rabu, 1 Ogos 2012

7 Perkara Gadis Tidak Suka Lelaki

Apa yang gadis tak suka? agak-agak apalah ya? Cepat teka. Saya bagi sepuluh nano saat. STOP. Masa tamat. tak sempat pikir lettew.haha..Apa yang gadis tak suka sebenarnya ye?

1.Bahasa kasar
 A big NO-NO! jangan sesekali berasa anda macho apabila bercakap bahasa kasar dengan perempuan. Apatah lagi mencarut. Ishhhhh..buruk bebenor bunyinye. Gunakan bahasa yang sedap didengar,sampai telinga pon boleh keluar bunga kemboja. Itu baru macho.



2.Bau badan
"Awak,awak, bau apa ni awak? Macam iras-iras bau ketupat raya basi sepuluh minggu ni,bau awak ek?"
Jagalah kebersihan diri anda. Anda mampu mengubahnya. Mandi wangi-wangi,kalau rasa ketiak tu mashamm,pakailah deodoran iklan Remy Ishak tu. Selekeh boleh diterima asalkan anda wangi (selekeh yang dimaksudkan tertakhluk kepada terma dan syarat). Kalau rasa stokin tu bushuk,tukarlah. Ni tak,ramai yang yakin diri goyang-goyang kaki padahal berbau sikit punya bushuk.

3.Tak hormat orang lain
Tak kisah la tua ke muda,kanak-kanak,bayi,warga emas,mayat sekalipun,hormatilah orang lain. Sungguh tidak hensem anda bersifat kurang ajar terhadap insan lain baik di hadapan ataupun belakang perempuan. Kita kan orang yang hensem? Orang hensem dia hormat orang lain. Jangan memaki hamun,mengherdik,menumbuk,menyepak atau berkasar ala-ala John Cena lawan Rey Mysterio dengan orang lain. Budi bahasa,budaya kita.

4.Ponteng Jumaat
Seminggu sekali je pun,tu pun nak ponteng jugak ke? Apa ni lelaki,tak suka lah tengok lelaki bergentayangan  kat tempat selain masjid pada waktu orang solat jumaat. Pakai baju melayu tu dah awesome,tapi setakat berdiri kat bawah pokok depan masjid. Aneh nya,dah depan masjid pun. Masuk je lah!

5.Menunjuk-nunjuk
Jangan nak gebang sangat lah kannnn. Humble is sweet la awak. Jangan nak menunjuk-nunjuk sangat apa yang ada. Bersikap sederhanalah walaupun anda sebenarnya anak angkat Bill Gates.

6. Tak gentleman
Gentleman ni apa sebenarnya maksudnya kurang jelas dalam mana-mana buku keluaran Telaga Biru,Karangkraf atau apa-apa jelah.  Tapi mengikut fahaman saya,gentleman ni sejenis sikap yang menghormati wanita dalam melakukan sesuatu perkara.

Contohnya,

Cikgu: Sesiapa tolong angkat buku saya boleh?
Kelas: Krik krik krik *bunyi cengkerik

(abang-abang yang gentleman silalah tolong cikgu tu. bukan perempuan malas tapi saja nak test mana laki yang sesuai buat calon suami yang gentleman. errr...boleh terima tak?)

7.Merokok
hurmmmm..ni satu lagi kejaiban dunia. Ramai yang suka hisap racun tikus secara sukarela. Rela berhabis duit pulak tu nak hisap racun tikus. ehemmm..bawak-bawak la bertobat. Bukan apa,benda tu beri mudarat jugak kan? Dah la asap tu memberi bahaya kepada orang sekeliling jugak. Lainlah kalau merokok tu boleh menambahkan jumlah wang dalam akaun dan membantu orang lain yang hidu asap rokok tu jadi awet muda. Tu lain cerita la kan.




0 bisikan:

Catat Ulasan

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...