Isnin, 11 Jun 2012

Adda Butterfly Kena Cerai Selepas 17 Hari

En.Koala baru terbaca tentang Adda, maklumlah sibuk sekarang. Walaupun pos ini sudah lama, tapi En.Koala pos la juga sekadar perkongsian. Bagaimana Adda diceraikan? Kesian Adda. Berkahwin sekejap sahaja, memang lelaki ini dayus En.Koala kata. Mesti main-main sahaja ini. Apa kata Adda. Laporan dibawah diambil daripada Roti Kaya.

Media Hiburan hari ini melaporkan yang Adda Butterfly telah bercerai selepas 17 hari berkahwin. Ya, hanya 17 hari.

“Ya, saya telah bercerai selepas rumah tangga kami tidak dapat diselamatkan lagi. Jujurnya, saya sendiri belum merasa nikmat bergelar isteri melainkan ketika di hari persandingan sahaja,” ujar Adda Butterfly apabila di’tanya.

“Ketika berita perkahwinan kami tersebar, bekas suami terpaksa mengaku yang dia berstatus duda sedangkan ketika itu dia memang suami orang”

“Mengeruhkan lagi keadaan apabila isterinya mengetahui perkahwinan kami. Sejak hari itu, hubungan kami jadi porak peranda dan dia keluar rumah akibat tekanan,” tambah Adda Butterfly yang di’temui baru baru ini.

Adda Butterfly mengakui beliau berusaha untuk menjernihkan keadaan rumahtangga beliau namun semenjak lelaki itu keluar rumah, perbincangan menemui jalan buntu.

Dan, akhirnya Adda Butterfly di’ceraikan melalui telefon.

Justeru itu, ada sesiapa yang ingin masuk meminang Adda ker? :P Silakan.

0 bisikan:

Catat Ulasan

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...