Khamis, 24 Mei 2012

Sinopsis, Trailer dan OST Filem Gerimis Mengundang

Selepas filem cinta melayu Aku Ada, Kau Ada??? Filem terbaru gabungan Malaysia-Indonesia bakal ditayangkan di pawagam pada 31 Mei nanti iaitu seminggu selepas filem Shaheizy Sam dan Yana Samsudin. Filem cinta ini bertajuk "Gerimis Mengundang". 

Filem ini merupakan filem arahan Ahmad Idham dan juga kerjasama antara dua penerbit hebat iaitu E-Rama Creative Sdn Bhd dan juga Excellent Pictures Sdn. Bhd. Antara barisan pelakon adalah Kamal Adli (malaysia) dan juga Olivia Jensen Lubis (indonesia). Turut dibintangi juga pelakon lain seperti Felix Agus, Eizlan Yusof dan Cat Farish.

Sinopsis:

Zamani seorang juruterbang yang berkhidmat di Sabah Air, Kota Kinabalu telah bertemu dengan seorang gadis berasal dari Kota Jakarta, Mikha, yang juga anak kepada Pak Harjo, Wakil Kedutaan Besar Republik Indonesia di sini. Pertemuan yang tidak sengaja dengan keadaan salah faham di antara Mikha dan Zamani, telah membibitkan rasa kasih sayang, apabila Pak Harjo telah tewas dalam kecelakaan ketika dalam perjalanan untul lawatan kerja di Tamparuli, Sabah. Dengan kekosongan hati Mikha, dia akhirnya menerima Zamani sebagai penganti kekosongan itu. Namun, ianya tidak lama apabila Doni, tunangan Mikha sejak kecil, telah bertemu mereka di Kota Kinabalu. Pertemuan itu telah menyebabkan Zamani patah hati. Sebalik dari itu, Mikha dan Doni telah memutuskan perhubungan di Kota Jakarta, kerana mereka merasakan adalah lebih sesuai untuk menjalinkan hubungan sebagai adik beradik. Mikha terus menuju ke Kota Kinabalu untuk mencari cintanya untuk Zamani. Namun semuanya telah terlambat apabila Zamani terlibat dalam kemalangan udara apabila helikopter yang dipandunya terhempas. Mikha merasai kehilangan apabila Zamani yang dicintai telah pergi buat selama-lamanya. Inilah kisah cinta agung antara Zamani dan Mikha buat selama-lamanya.

Antara Babak Dalam Filem Gerimis Mengundang Ini
Sebelum ini terdapat satu berita yang dipetik daripada Gua tentang Kamal dan Olivia:

Bagaimana pula dengan gosip yang mengatakan Olivia sebenarnya menjalin hubungan cinta dengan Kamal? Benar atau tidak? 
“Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, saya dan Kamal tidak ada hubungan istimewa seperti yang didakwa ramai. Saya hanya mengganggap Kamal sebagai rakan seperjuangan. Tidak wujud cinta lokasi antara saya dan Kamal. Saya senang berkerja dengan Kamal kerana dia boleh dibawa berbincang. 
"Memang kami banyak luangkan masa bersama selepas penggambaran tetapi kami hanya berkongsi cerita tentang pengalaman masing-masing dalam bidang lakonan. Buat masa ini saya tidak memikirkan soal cinta kerana mahu tumpukan perhatian pada pelajaran dan karier,” ujar Olivia tegas. 
Olivia atau nama sebenarnya Olivia Lubis Jensen adalah pelakon Indonesia berdarah kacukan. Ibunya warga Indonesia manakala bapanya warga Denmark. Olivia mempunyai saudara kembar bernama Sabrina dan seorang abang bernama Daniel. 
Di awal penglibatannya dalam dunia lakonan, Olivia menetap di Bandung dan bersekolah di Bandung International School. Selepas seketika, barulah pelakon ini berhijrah ke Jakarta bagi memudahkan urusan lakonannya. Olivia juga berpindah sekolah ke Australian International School Jakarta. 
Kamal dan Olivia Kelihatan Serasi Bersama
 Ini merupakan trailer filem Gerimis Mengundang:

Trailer Gerimis Mengundang


OST Gerimis Mengundang


OST Manusia Biasa (promo) - lirik (awanibiru.com)


Filem ini melakukan penggambaran di Sabah dan juga Jakarta. Sebelum ini pernah ade teater Gerimis Mengundang dan sedikit sebanyak mendapat pujian daripada orang ramai. Jadi, tunggu apa lagi, saksikan pada 31 Mei dipawagam berhampiran anda. Adakah cinta ada penghujungnya? :)

0 bisikan:

Catat Ulasan

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...