Jumaat, 11 Mei 2012

Perakam Video Kes Dera Bayi Bagi Penjelasan

Ibu dera bayi
Salam warga Malaysia! En.Koala mendapat berita daripada metro berkenaan kes penderaan bayi yang diheboh-hebohkan melalui Facebook selepas video itu dipaparkan dalam Youtube. Masih ingat video ini?


Ini adalah kenyataan si perakam itu.
Perakam video itu dan merupakan saksi kejadian yang ingin dikenali sebagai Shima, 32, berkata beliau menerima pelbagai tohmahan selepas video itu tersebar di media sosial.
"Bukan sengaja saya ingin merakamkan kejadian itu tetapi kerana inginkan bukti untuk diberikan kepada pihak polis bagi memastikan ibu kandung bayi yang berusia 10 bulan (ketika video dirakam) itu menerima hukuman selepas berbulan-bulan dia mendera bayinya, jadi saya terpaksa.        
"Untuk mereka yang tidak tahu perkara sebenar, janganlah menuduh membuta tuli dan mengatakan saya bersekongkol, siasat dahulu supaya tahu apa yang berlaku tetapi bila ini yang saya terima saya kesal dan sedih," katanya kepada Bernama sambil mengesat linangan air matanya.        
Beliau berkata pada malam kejadian video itu direkodkan sekitar Mei tahun lepas, ibu bayi berkenaan yang berusia 20 tahun bertindak agresif dengan memukul anaknya selepas dia dinasihat agar menghentikan penderaan terhadap anaknya serta menghalang wanita itu daripada berjumpa teman lelakinya.        
"Mungkin marahkan saya kerana membebel, wanita itu terus mencapai anaknya yang berada di ruang tamu ketika itu dan meluru masuk ke dalam bilik.       
"Wanita itu kemudiannya bertindak untuk mengunci pintu tetapi saya halang sehingga saya sendiri dikasari dan rambut saya ditarik dan diseret keluar dari bilik," katanya.        
Beliau berkata selepas bergelut dengan wanita itu, dia akhirnya berjaya untuk berada di dalam bilik berkenaan dan kesempatan itu digunakannya untuk merakamkan tindakan agresif ibu bayi berkenaan.        
Shima berkata wanita itu merupakan anak kepada jirannya ketika dia menetap di Damansara Damai.        
"Saya kenal dia sebab saya berkawan baik dengan ibu angkatnya ketika saya menetap di Damansara Damai dan apabila ibu angkatnya meninggal, wanita ini membuat keputusan untuk tinggal bersama saya pada Mac tahun lepas," katanya.       
Beliau berkata sepanjang wanita itu tinggal bersamanya, emosi wanita itu kerap kali berubah-ubah dan boleh dikatakan agak sosial.        
"Saya tidak kisah dia tinggal dengan saya, tetapi dia sosial dan bila keluar rumah keesokan harinya baru balik, bila bergaduh dengan teman lelakinya anak yang akan dijadikan sasaran.       
"Saya pernah bertanya kepada wanita itu bahawa dia menganggap anaknya sebagai apa dan katanya anaknya itu hanyalah tempat untuknya melepaskan geram," katanya.-MKINI-
Dan inilah kenyataan sedih si perakam melalui rakaman video.



Ramai yang mencemuh dan mencaci si perakam ini, padahal dia tidak bersalah dan yang melihat pasti lebih terseksa berbanding yang melihat video ini. Kita sepatutnya berterima kasih kepadanya, sebab video dialah kita mampu banteras kes ini. Semoga ke ini tiada lagi, sekiranya ada, jadilah ini sebagai pengajaran. 

Sayangi sesiapa sahaja yang menjadi milik kita kerana dia juga manusia, haiwan seperti kucing pun kita sayang, apatah lagi seorang bayi yang tidak berdosa itu.

Doalah supaya si pendera mendapat hidayah dan berubah.

~ Amin ~

0 bisikan:

Catat Ulasan

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...