Rabu, 30 Mei 2012

Fakta Menarik Lelaki Datang Bulan


Ehem, En.Koala pun hairan, lelaki datang bulan? Macam mana tu? Ingatkan wanita sahaja... Emmm....

Pernahkan anda terfikir, 'adakah lelaki juga datang bulan/ haid?' ataupun 'betul ke lelaki juga datang bulan?'. Ya, lelaki juga 'menyambut' kedatangan bulan seperti mana yang perempuan alami setiap bulan. Tetapi ianya bukanlah seperti kaum hawa yang mengeluarkan darah kotor daripada tubuh mereka mahupun senggugut *diganti dengan 'stomach cramps' bagi sesetengah lelaki*. Perkara ini dikenali juga sebagai 'Sindrom Prahaid' atau dalam bahaga inggeris dikenali sebagai Premenstrual Syndrome (PMS).

Menurut wikipedia:
"...ianya merupakan himpunan simptom fizikal, psikologi, dan emosi yang berkait dengan kitaran haid wanita. Dianggarkan kebanyakan wanita pada usia boleh mengandung mempunyai sebahagian simptom PMS, definisi rasmi had skop untuk mempunyai gejala "keterukan yang mencukupi untuk campur tangan dengan beberapa aspek kehidupan".  

Simptom sedemikian biasanya boleh dijangka dan berlaku secara tetap semasa dua minggu sebelum haid. Biasanya simptom mungkin hilang sebelum atau selepas permulaan aliran haid."

Jadi, hal ini mampu menjawab persoalan bahawa mengapa dan kenapa ada masanya lelaki mudah marah dan mudah terikut-ikut dengan emosi. Tetapi apa yang menyebabkan perkara ini berlaku??? Ini kerana lelaki juga mempunyai kitaran perubahan pada hormon mereka.

Dalam erti kata lainnya:
"Perempuan datang bulan mengeluarkan darah kotornya manakala lelaki datang bulan mengeluarkan air maninya"

Sekarang ada mengerti??? Jadi antara petand dan simptom-simptom lelaki sedang mengalami PMS ialah:


  •     Stress
  •     Pening kepala
  •     Sakit perut
  •     Emosi terganggu
  •     Kemurungan
  •     Kurang minat terhadap seks
  •     Jerawat


Namun, gaya hidup yang baik mampu membuatkan lelaki mengatasi beberapa simptom di atas. Jadi bagi gadis-gadis sekalian, sekiranya teman lelaki anda menunjukkan perubahan emosi yang mendadak atau membuat sesuatu keputusan yang anda rasakan tidak rasa, itu mungkin menunjukkan bahawa dia sedang mengalami PMS. Pastikan anda fahami si dia supaya perhubungan anda akan lebih baik. :)

0 bisikan:

Catat Ulasan

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...