Sabtu, 28 April 2012

Umur 33 Paling Bahagia?


Umur dan Masa

Pernahkah anda terfikir pada usia berapakah seseorang berasa paling bahagia? Hasil daripada kajian yang telah dilakukan, jawapannya adalah 33. Pakar menyatakan bahawa 70 peratus daripada responden yang berusia lebih daripada 40 tahun menyatakan usia 33 adalah merupakan paling bahagia buat mereka.

Fakta ini diperkuatkan lagi dengan beberapa hujah. Sekiranya diperhatikan terhadap peringkat kehidupan manusia, 33 adalah merupakan usia dimana kebanyakan manusia sudah mempunyai kehidupan berkeluarga. Mungkin faktor kekeluargaan mempengaruhi mereka untuk mencapai tahap kebahagiaan sebenar.

Selain daripada itu,  jika sebelum ini perbelanjaan hanya akan diperuntukkan kepada diri sendiri sahaja, ia pasti amat berbeza sekiranya anda ingin melakukan perbelanjaan untuk keluarga. Pasti anda akan mengalami pelbagai masalah. Dikatakan pada usia 33 inilah anda akan berjaya untuk mengawal perbelanjaan keluarga. Mungkin disebabkan hasil daripada pengalaman anda yang telah beberapa tahun menempuh kehidupan berkeluarga.

Akhir sekali, usia 33 juga dikatakan adalah usia dimana seseorang akan mencapai tahap kejayaan yang mereka impikan. Secara tidak langsung akan meningkatkan lagi keyakinan terhadap diri sendiri. Kejayaan yang mereka perolehi juga akan dikongsikan bersama keluarga dan akan membuatkan mereka akan lebih berasa bahagia.

Bagi En.Koala, kesahihannya masih lagi tertanya-tanya, berserahlah pada yang Maha Mengetahui. Semoga anda semua bahagia kelak... :)

0 bisikan:

Catat Ulasan

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...