Khamis, 26 April 2012

Maher Zain Datang Malaysia Lagi!


Maher Zain dengan Album Barunya

Pernah tak anda mendengar lagu seperti, "Inshaallah","Thank You Allah" dan "For The Rest of My Life" , nyayian oleh Maher Zain yang cukup terkenal diserata dunia? Kali ini, En.Koala nak bagitahu, Maher Zain akan datang lagi ke Malaysia! Wohoo! JOMLAH pi tengok! :)

Maher Zain kembali mengadakan konsert di Kuala Lumpur. Kali ini di Stadium Merdeka pada 16 Jun ini. Pasti berlainan berbanding konsert terdahulu sebab Maher sekarang sudah ada album baru.

Diskaun lima peratus menanti pembeli lebih awal. Jadi kalau mahu dapatkan tiket dengan harga istimewa, kenalah tempah awal-awal jangan tunggu pada saat-saat akhir pula.

Menariknya dalam konsert kali ini, penyanyi yang berasal Lubnan ini bukan saja menyanyikan lagu popularnya sebelum ini seperti IshaAllah, Thank You Allah, Palestine Will Be Free dan Baraka Allahu Lakuma tetapi juga akan menyampaikan lagu dari album terbarunya yang berjudul Forgive Me, termasuk single pertama yang sedang mendaki carta iaitu Number One For Me.

Malaysia adalah negara pertama konsert jelajah Maher untuk mempromosikan album terbarunya itu. Konsert yang dianjurkan oleh Marctensia Concerts dan Awakening Entertainment pastinya amat dinantikan oleh peminatnya.

Kali terakhir Maher mengadakan konsert berskala mega adalah sekitar Februari tahun lalu iaitu Maher Zain Live in Concert - Mercy To Mankind di Stadium Malawati, Shah Alam yang mendapat sambutan hangat dengan bilangan 7,000 penonton.

Bagi peminat Maher yang tidak sabar untuk menyaksikan konsert itu, tiket boleh didapati menerusi pembelian secara talian iaitu di www.ticketcharge.com.my atau hubungi talian 0392228811.

Mereka yang membeli awal berpeluang mendapat diskaun sebanyak 5% (kecuali tiket VIP) dan ia hanya boleh didapati jika peminat membeli pada tarikh 25, 26, 27, 28 dan 29 April.

Harga tiket yang dikenakan adalah seperti berikut : VIP, RM298, RM238, RM138 dan RM78. Khusus untuk pemegang tiket VIP, mereka berpeluang untuk mengambil foto secara berkumpulan bersama Maher Zain. Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman facebook Marctensia Concerts Facebook fan page. Konsert istimewa ini ditaja bersama oleh Etiqa Takaful Bhd dan One Drop Perfumes.

1 ulasan:

  1. Anda peminat Maher Zain juga? Ohh... kembali hangat bersama Newskaki.com dimana semua bloggers berkumpul dan berkongsi berita sambil add kawan-kawan semacam Facebook tapi kini berada di Malaysia, rapat bersama anda semua dengan memberi 10 TIKET PERCUMA masuk VIP ke konsert Maher Zain "Forgive Me" Live Di Malaysia. JANGAN LEPASKAN PELUANG MENARIK INI. 8 hari lagi, 10 tiket senang jer nak menang.... hanya join kami, dan blog pepe jer yg korang rasa menarik, tertarik, ataupun lepak kat mamak teh tarik bual bual pasal konsert ni... dapatkan segera juga 5% tiket diskaun sehingga hari konsert di stadium merdeka kepada semua pembaca dan peminat newskaki.com ... jangan ketinggalan sebab anda bukan ketinggalan zaman, masih ada masa lagi nak menang ...jom join kat
    http://www.newskaki.com/?maher-zain-concert
    ..... PELUANG MENANG KINI SUDAH BERADA DI TANGAN ANDA...klik je ok..
     Tak perlu nak beli pe pe product.... join kami, klik, paliang kreatif menang... kalau tak berpeluang menang pun....saguhati beli tiket* dapat 5% kurang... APA LAGI?

    BalasPadam

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...