Selasa, 10 April 2012

Kisah Cinta Hampa Qi Kekasih Yuna


Qi & Yuna

MULA mencari cinta ketika berusia 23 tahun, ternyata Qi atau nama sebenarnya Qushairi Razali merupakan seorang yang sangat menghargai percintaan.

Bagi anak bongsu daripada empat adik-beradik ini, semua orang tidak dapat lari daripada kisah cinta pertama yang menyeronokkan, meskipun ia tidak berakhir dengan pernikahan.

“Kali pertama saya jatuh cinta adalah ketika saya sedang belajar. Saya memang kenal dia daripada kecil lagi. Boleh diibarat macam jiran jugalah. Mak saya pun kenal mak dia.

“Tetapi akhirnya hubungan kami terputus begitu sahaja, tanpa sebab. Sekarang ini, dia dah kahwin dan ada anak.

“Walau apa pun yang berlaku sebagai seorang kawan, saya sentiasa doakan yang terbaik untuk dia dalam kehidupannya bersama keluarga,” jelas Qi sambil matanya bagaikan kembali terbayang kenangan lamanya itu.

Tambah Qi, berpunca daripada kejadian itu jugalah dia tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran.

Kegagalan cinta begitu perit untuk dilalui, dan dia hampir merosakkan diri sendiri.

“Kalau nak diikutkan, masa itu memang frust menonggeng jugalah.

“Maklumlah, dia ialah cinta pertama, sampai saya memang nak ajak dia kahwin. Tapi hendak buat macam mana kalau bukan jodoh, kan?

“Dalam dua bulan jugalah ketika itu saya tidak dapat menghadiri kelas di kolej. Putus cinta boleh buat hidup saya menjadi tidak keruan sama sekali,” kata kekasih hati penyanyi Yuna itu.

Terpilih untuk menjadi teraju utama drama bersiri Friday I’m In Love, ternyata kisah cinta yang dipaparkan dalam rancangan tersebut sedikit sebanyak menyentuh kenangan lama Qi ketika dia mula-mula mencari cinta.

“Kisah-kisah lama dan pengalaman kegagalan cinta itu jugalah sebenarnya banyak membantu saya sebagai pelakon hari ini terutamanya dalam melakonkan watak dalam drama Friday I’m In Love ini,” katanya sambil tersenyum kecil.

Dalam drama terbaru slot Aurora, arahan Faizul Abdul Rashid itu, Qi membawakan watak Awang, seorang lelaki yang tidak pernah putus asa mencari cinta.

Beri peluang

Pertama kali muncul sebagai pelakon di dalam drama bersiri Blogger Boy, jujurnya Qi masih lagi baru dalam dunia lakonan.

Mengakui dunia lakonan dan pengacaraan sememangnya berbeza, Qi mengharapkan agar cubaannya untuk terjun ke dalam bidang ini dapat diterima ramai.

“Memang berlakon dan juga mengacara itu adalah berbeza. Malah bukan senang untuk saya buang perangai saya sendiri untuk menjiwai watak Awang itu.

“Bagi saya, ketika dalam drama Blogger Boy dulu, memang banyak perangai saya, tapi kali ini ia sememangnya berbeza.

“Saya harap orang di luar sana dapat memberi sedikit masa bagi saya untuk serasi dalam bidang ini.

“Saya sememangnya memerlukan sedikit masa untuk mengubah cara lakonan saya dalam setiap watak yang dibawakan,” katanya lagi.

Walaupun seakan semakin selesa dengan bidang lakonan, namun dalam masa yang sama, Qi tidak akan terus berhenti daripada dunia pengacaraan.

“Saya memang tidak akan berhenti daripada bidang pengacaraan. Ketika ini saya masih lagi bersama rancangan Art Attack.

“Bagi saya, langkah untuk beralih ke bidang lakonan adalah sesuatu yang penting.

“Malah saya juga bersyukur kerana banyak bantuan dan tunjuk ajar daripada Erma Fatima ketika saya berlakon dalam telemovie Keroncong Untuk Ana yang akan dikeluarkan ketika hari raya Aidilfitri nanti.

“Jika lakonan saya tidak bagus dan perlu diperbaiki, beritahulah saya.

“Saya jenis yang mendengar kritikan dan akan berusaha untuk mendapatkan hasil yang terbaik,” katanya bersungguh.

Yuna & Qi Pernah Bercuti di Eropah Beberapa Bulan Yang Lalu


Nasihat Qi

Setelah Qi mengundur diri daripada rancangan Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM), memang tidak dapat dinafikan, aura rancangan tersebut bagaikan mengikut sekali pemergiannya.

Malah, usaha dua pengacara baru rancangan tersebut, Shiha dan Iqbal Mazlan untuk menghidupkan kembali rancangan tersebut tidak menjadi dan lebih menyedihkan mendapat kritikan hebat dari peminat JJCM.

Tidak mahu mendabik dada, Qi akui, masa yang diperlukan untuk mendapat perhatian peminat bukannya mudah.

Selain itu, dia juga berpendapat sesuatu perubahan atau konsep baru yang cuba diketengahkan mungkin mengambil masa untuk serasi bersama penonton.

“Saya berharap Shiha dan Iqbal dapat bersabar dan dalam masa yang sama dapat memperbaiki kelemahan yang ada.

“Kalau kena makan itu, makan betul-betul, jangan ‘buat-buat makan’. Saya dulu sampai naik berat badan kerana terlalu asyik makan. Kita perlu tunjuk apa yang sebenar-benarnya kepada penonton” katanya yang terpaksa menarik diri daripada rancangan tersebut kerana mempunyai komitmen terhadap bidang lakonan dan perkara lain.

Sumber: Utusan

0 bisikan:

Catat Ulasan

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...