Jumaat, 6 April 2012

Adda Butterfly: Jangan Ber'Gosip' Tentang Perkahwinan Kami!


Gembira Selepas Selamat Dihijabkabulkan

TAHNIAH En.Koala ucapkan kepada penyanyi dan pelakon Nur Syuhada Baharuddin (24) yang telah selamat diijabkabulkan dengan lelaki pilihannya Farizwan Mohd (40-an) pada 30 Mac lalu di rumah keluarga lelaki di Pulau Pinang.

Tapi, En.Koala mendapat info bahawa pasangan ini mendapat sedikit gangguan, gosip dan cemuhan daripada pihak luar dan spekulasi ini telah diterangkan oleh Adda sendiri. Jom kita baca komen Adda.


“Sejujurnya memang saya rasa sedih sangat dengan gosip yang timbul ini. Kadang-kadang saya terfikir apa salah saya. Saya cuma ingin hidup bahagia bersama suami seperti isteri-isteri di luar sana.

“Saya minta maaf kerana tak beritahu mahupun menjemput peminat dan media ke majlis pernikahan saya. Saya tak jemput kerana memenuhi permintaan keluarga sebelah suami yang tak mahukan publisiti.

“Sebagai bakal isteri, sudah tentu suami saya yang menjadi keutamaan sekarang. Saya juga perlu mengambil kira kehendak keluarga sebelah suami.

“Kalau ada yang cakap saya nikah senyap-senyap sebab berkahwin dengan suami orang, itu tak benar sama sekali. Memanglah Farizwan tu nampak agak berusia, tapi dia bukanlah suami orang atau pun duda.

“Saya pun tak tahu apa yang telah saya lakukan sehingga ada yang tak puas hati dengan perkahwinan kami. Berkahwin adalah perkara yang elok di sisi agama. Sepatutnya sebagai sesama Islam kita patut sama-sama mendoakan kesejahteraan antara satu sama lain.

“Saya kasihankan suami yang tak biasa dengan gosip-gosip seperti ini. Ye laa… dia bukan dari kalangan artis, jadi ini perkara baru yang harus dia hadapi. Saya merayu janganlah sensasikan lagi perkahwinan kami. Sudah ditakdirkan kami bertemu jodoh. Saya memang tak mampu nak tutup mulut orang. Saya selalu berdoa agar Allah tetapkan hati saya supaya banyakkan sabar.

“Saya rasa bertuah mempunyai suami yang memahami dan selalu menyokong saya dalam apa jua keadaan.  Walaupun timbul cerita-cerita yang kurang sedap didengar tentang perkahwinan kami, dia tetap bersabar dan boleh dibawa berbincang. Dia tak mudah melenting dan bersikap cool je… Susah nak cari lelaki seperti dia. Bila fikir-fikir balik, semua ini ada hikmahnya. Ia menguatkan kasih sayang dan cinta antara kami.”

Itulah penjelasan Adda yang merancang untuk mengadakan majlis persandingan di rumah kediaman keluarganya di Cheras Selatan, Selangor. Insya Allah…

Semoga Adda Bahagia Bersama Suami
Mahu empat orang anak

SETIAP pasangan suami isteri pasti mengimpikan cahaya mata sebagai pelengkap alam rumah tangga. Adda juga seorang wanita dan inginkan anak dalam rumah tangga. Siapa tidak mahu anakkan? :)

Sambung Adda: “Siapa tak nak anak kan? Kami tak pernah merancang. Tapi kalau boleh kami mahukan empat orang anak sahaja. Dua lelaki dan dua perempuan gitu…

“Namun itu terserahlah kepada soal rezeki. Jika kami dikurniakan anak yang ramai pun lagi bagus. Itu semua rezeki Allah. Buat masa ini kami nak menghabiskan banyak masa bersama sebelum fikirkan nak mengandung. Hehe… Doakanlah kebahagiaan kami ya!”

Demikian cerita Adda yang mula mengenali Farizwan melalui seorang kawan ketika sedang lepak di Starbucks lebih setahun yang lalu. Semoga berbahagia dan jauh daripada kritikan orang. Amin ~


0 bisikan:

Catat Ulasan

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...