Selasa, 17 April 2012

7 Fakta Mengenai Kucing




Mesyuarat Tingkap


Adakah anda tahu bahawa..

  • Ramai pemelihara kucing suka untuk melatih kucing mereka memakan pelbagai jenis makanan. Tetapi tahukah anda bahawa kucing mungkin akan sakit atau mati sekiranya anda memberi ia memakan coklat?
  • Kucing sebenarnya lebih suka berbaring daripada tidur. Ia hanya akan betul-betul tidur apabila mendapat ketenangan yang secukupnya ketika ia berbaring.
  • Mata adalah merupakan satu deria yang paling sering digunakan oleh kucing sebagai satu hubungan komunikasi terhadap kucing lain ataupun penjaga mereka.
  • Kucing tidak memahami sebarang bentuk hukuman sebagaimana manusia. Sebaliknya mereka perlu dipuji atau diberi ganjaran apabila melakukan sesuatu perkara yang diingini.
  • Memberi kucing anda memakan daging mentah sekurang-kurangnya sekali sehari dapat membantu untuk memelihara gusi dan menguatkan lagi gigi mereka.
  • Misai kucing berguna untuk mengesan jarak lorong atau ruang tempat yang mereka lalui, sekiranya dua-dua hujung misai bertemu dinding, maka, kucing akan tahu bahawa tempat itu sempit.
  • Kucing mempunyai memori yang dalam sehinggakan tempat asal penjaganya mampu diingati walaupun berada jauh atau lama ditinggalkan.



0 bisikan:

Catat Ulasan

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...