Khamis, 1 Mac 2012

The Star Pecat Dua Editor : Berbaloikah Kerana Ery?

SHAH ALAM - The Star menggantung dua editornya berikutan penerbitan gambar penyanyi Amerika, Erykah Badu yang mengenakan tatu kalimah ALLAH s.w.t pada badannya.

Dalam satu kenyataan disiarkan di laman webnya hari ini, pengurusan akhbar itu berkata, pihaknya telah menggantung editor kanan Star2, Lim Cheng Hoe dan timbalan editor, Daryl Goh, yang dilaporkan telah meluluskan penggunaan foto dalam Star2 edisi Isnin lalu.

Kedua-dua mereka digantung tugas dengan serta-merta.

Pada masa yang sama, pengurusan The Star berkata,  Editor Bersekutu, Rozaid Abdul Rahman dan Shah A. Dadameah telah diminta menyelia dan membimbing akhbar itu dalam isu-isu berkaitan dengan sensitiviti agama.
Sumber : SinarHarian

Baru 48 jam berita mengenai Erykah Badu dimana simbol Allah pada dadanya menimbulkan kontroversi masyarakat Islam di Malaysia kerana membawa imej tidak baik disamping mengadakan konsert yang turut dibatalkan kerana tidak mencukupi syarat-syarat yang ditetapkan.

En.Koala masih tertanya-tanya, yang editor tu orang Cina, bukan orang Melayu. Islamkah diorang? Dan kenapa diorang sanggup membantu Islam demi menjaga martabat Islam? Adakah ini termasuk dalam hal politik? En.Koala tidak tahu dan tidak akan mengulas mengenainya. Tapi, En.Koala mendapat maklum balas daripada kawan-kawan kita di blog rotikaya.com dan menyatakan pandangan mereka masing-masing. Wallahualam ~

Komen Facebook 1

Komen Facebook 2

0 bisikan:

Catat Ulasan

Buka Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Video Terbaru AwaNiBiRu

Video AwaNiBiRu Yang Lain?

Loading...